Thursday, October 27, 2011

Dunia Si Kanak-kanak Palestin



Assalamualaikum wbth

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas bumi Allah...:)
Alhamdulillah, syukur di atas semua nikmat kurniaan-Nya...:)
Alhamdulillah, beruntung rasanya dapat hidup di bumi Malaysia yang aman damai...:)




Namun, bagaimanakah keadaanya jika aku berada di bumi Palestin?
Adakah sama keadaannya di Malaysia?
Sama sekali tidak...

Baru sudah membaca blog warungkampung.
Amat tertarik apabila membaca entry beliau berkenaan dunia si kanak- kanak palestin...
Walaupun masih kecil, kanak-kanak Palestin amat bersemangat kental, waja...

Berikut merupakan tulisan encik warungkampung yang telah dikopipes:

Seorang pakar psikologi kanak-kanak telah ke Palestin untuk mengkaji tentang psikologi kehidupan kanak-kanak di negara itu setelah sekian lamanya dijajah zionis laknatUllah. Sudah beberapa generasi berlalu tanpa kesudahan terhadap konflik ini.
Sungguh menyedihkan, apabila usahanya sendiri yang ingin membina taman tema kecil seperti mereka yang lain dengan dana sendiri dimana kanak-kanak di sana akan diberi masuk secara percuma telah dirobohkan rejim laknat zionis itu. Niatnya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk melihat kanak-kanak di sana bergembira, setelah saban hari bergelumang dengan kematian, bedilan peluru serta ketakutan.
Tetapi itu yang regim zionis tidak mahu. Zionis tidak mahu kanak-kanak di sana bergembira. Mereka mahu kanak-kanak di sana sentiasa dalam ketakutan.
Suatu hari, beliau telah ke sekolah rendah di sana untuk membuat kajian psikologi kanak-kanak di sana.
“Murid-murid, sila lukis di kertas putih yang cikgu edarkan. Tema lukisan adalah bebas!”
Lalu dengan pantas semua pelajar di dalam kelas itu mula melukis.
Sudah diramalkan, mereka akan lukis apa yang difikiran mereka. Itulah menunjukkankesucian pemikiran mereka. 
Sekiranya kanak-kanak di Malaysia disuruh demikian, boleh diagak bahawa lukisannya berbentuk sebiji rumah, disebelahnya ibu, ayah dan dirinya, sunshine di bahagian atas kertas, dan pokok-pokok atau bunga-bunga di halaman.
Mungkin lukisannya seperti di bawah:

Lukisan tipikal kanak-kanak Malaysia


Suasana lukisan tersebut gembira, harmoni dan ceria.
Lukisan kanak-kanak Palestin pula?









Blood.
Death.
Violence.
Every single day.
The Palestinian children do not deserve to live like this.






2 comments:

  1. tgk lukisan anak2 di palestin..terinat cite qaisy dan laila..laila lakonan fazura

    ReplyDelete
  2. huhu...sama ngn lukisan kt ats ke?? zionis mmg kejammm~~~

    ReplyDelete

© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP