Sunday, March 29, 2015

Alhamdulillah




السلام عليکم ورحمة الله



“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan
pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa mawaddah dan rahmah. Sungguh, pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir”
[Ar – Rum: 21]



Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah
Hari ini genap 2 minggu usia perkahwinanku
Genap dua minggu juga tanggungjawabku pada bahu ayah beralih ke bahu suamiku selepas lafaz itu terucap
Kadang-kadang rasa macam tak percaya dah jadi isteri orang,
kekok pun ada pada mulanya...hehe maafkan daku duhai suami, terkadang lupa sudah punya tanggungjawab padamu
Moga aku dapat jadi yang terbaik buat suamiku, menjadi isteri solehah padanya^^

Segunung penghargaan ucapan terima kasih buat insan-insan di sekeliling kami yang telah banyak membantu sebelum dan sepanjang majlis kami berlangsung, terutama buat keluarga kedua- dua belah pihak. Tidak putus memberi bantuan, sokongan dan dorongan buat kami

Menjadi isteri itu tidak mudah. Banyak tanggungjawab yang tergalas di bahu seorang isteri, bukan hanya perlu senyum pada suami setiap hari, berpimpin tangan setiap masa. Ia lebih lagi. Moga dapat aku jadi isteri yang sentiasa diredhai suami, taat padanya, penyeri jiwanya, pelengkap hidupnya.
Mahu sama-sama mengejar syurga Allah yang satu...biiznillah insyaAllah^^

Buat suamiku,

Mohamad Taqiyuddin bin Ahmad Fikri

terima kasih untuk segalanya
menerima diriku seadanya
menjadi pelengkap hidupku
insyaAllah akanku jaga hubungan ini sebaik mungkin :')


150315

Walaupun kami berjauhan antara satu sama lain, seorang di utara, seorang di selatan demi menabur bakti pada anak bangsa, kami bersyukur dengan apa yang ada...insyaAllah yakin dengan perancanganNya. Mari bekerja lillahitaala ^^




p/s : teringat detik-detik perkenalan dulu
p/s/s : maaf ye...hihi



© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP