Thursday, October 28, 2010

Teringat zaman dolu kala...part 2

Assalamualaikum wbt...

Okiey dokiey...sebagai sambungan tuk entry Teringat zaman dolu kala, saya nk sambung pasal kenangan masa duk belajar kat matrik dulu. Seronok bila ingat balik kenangan kat Kolej Matrikulasi Kedah a.k.a KMK dulu... kenangan pahit + manis :)

Cuar,me,Fiza,K.sal
Jadi student fizik ni kena slalu up to date. Maksudny kat cni,bukan up to date pasal fesyen ke ape, tapi kena up to date dari segi mengingat all the formulas sebabnya everyday belajar pasal new theory and new formula. Jadi, nak xnak kena la 'study' everyday...huhu,tapi hakikatnya daku bukanlah seorang yang rajin. Nak dekat pekse baru tergopoh gapah mengulangkaji pelajaran,hehe. But alhamdulillah, the results for both semesters wasn't bad :)

dalam Lab Kimia with all my F2T1 classmates

ni pulak dalam Komputer Lab...peace!!
Petang-petang kalau rasa boring, saya and da geng akan jalan-jalan around de college. Biasalah exercise, asyik terperuk lam bilik pun xleh jugak,takut nanti meletup...hehehe. So, lepas makan-makan kami jalan-jalan sambil hirup udara segar...baru xstress,hik3.

Snap2 sambil tunggu makanan sampai
Da kenyang kita jalan2 lak...hi~~

Next...nak cakap pasal roOmates lak...hi~~. Kalau nak tahu all my roOmates came from utagha-2 kedah and 1 penang. Farhana(jitra), Fatin(langkawi) and Jannah (Penang). Depa ni sangat baik and peramah...seronok bsembang ngan depa ni. Ada ja benda nak dikongsi,hehe...Kalu bersembang xhingat dunia :D
ooo how i mish them so much...
from left: farhana,jannah,fatin n me (last day at kmk...sob3)
All those precious moments that i have with my friends at kmk will always remain in my mind. I wish bestest of luck to all of u no matter where u r rite now...ada yang dah grad dah pun,tahniah2...hihi
Jangan lupa daku di sini ye:)) 
Allah bless~~~





No pain no gain...


Kebelakangan ini makin kerap sakit belakang datang menyerang. Nak-nak lagi kalau lepas bangun tidur waktu pagi...huhuhu,entah kenapa saya pun xpasti. Kadang-kadang rasa macam orang tua pulak sebab mak pun ada sakit yang sama. Tapi taklah sampai rasa kebas-kebas pada bahagian punggung.



Paling kemuncak, cuti akhir tahun yang lepas saya diserang bertubi-tubi dengan rasa sakit belakang. Nak angkat barang sikit pun sakit yang amat. Nak bangun dari tidur pun kena berpaut kat tiang katil dulu. Nak melompat-lompat dengan anak sedara pun xboleh. Ada sekali saya menangis teresak-esak kerana sudah tidak tahan dengan sakit ni sehingga langsung tidak boleh berganjak dari katil. Bila panadol tak memberikan kesan, mak bagi saya makan ubat sakit belakang yang biasa dia ambil. Alhamdulillah, lepas tu baru rasa ok sikit dan sudah boleh bangun dan berjalan.Bila pegi jumpa doktor dia kata saya xada apa2 masalah, mungkin disebabkan hormon sahaja. Then, he just gave me ubat tahan sakit. Makan jika perlu katanya. Then, things getting better...even bukan sepenuhnya tapi kre ok dari sebelum ni...syukur sangat2.


Dan kini selepas beberapa bulan, sakit itu datang kembali menjengukku. Bangun saja dari tidur awal-awal pagi, sakitnya terasa. Tapi tidaklah seteruk apa yang saya alami akhir tahun lepas kerana saya masih boleh bertahan. Seorang sahabat pernah berkata, seronoknya sakit bila tahu bersabar. Moga dengan kesabaran ini mampu membuang jauh dosa2  yang menggunung itu! Yey!

 Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari malapetaka. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.

Ohh tiba-tiba rasa rindu kt anak-anak sdara...xsabar nak main2 ngan kamu2 smua kesanyanganku...tinggal berapa minggu je lagi nak cuti...^_^
heeee~~~~

Tuesday, October 26, 2010

Teringat zaman dolu kala...part 1

Dalam duk tengah study tuk exam ni tiba- tiba jadi teringat masa zaman muda-muda dulu...hik3. Bukan bermaksud saya sekarang ni dah tua, tp zaman muda-muda tu refer pada zaman sekolah ngn zaman masa duk kt matrik dulu.

Hmmm, kalau diikutkan dah 5 tahun meninggalkan bumi Naim yang bertuah tu. Teringat pada sahabat-sahabat, pada cikgu-cikgi, pada mudir....Hmm, apa kabar agaknya mudir sekarang ni ye. Teringat time die bagi nasihat masa perhimpunan pagi hari ahad. Segala yang diberitahu amat bermakna dan penuh dengan isi tersirat serta diselitkan lawak2 spontan. Tujuannya cuma satu, ingin memandu anak- anak Naim menuju jalan yang betul. Seingat saya, tuan mudir sangat komited dalam menjalankan tugasnya. Beliau seringkali turun padang bersama- sama dengan cikgu2 dan para pekerja demi memastikan bumi Naim terjaga dengan kemas. Seingat saya beliau pernah membaiki sendiri tandas pelajar yang tersumbat, berkebun etc. Kagum saya dengan sikapnya...kepimpinan melalui teladan:))


  Tn. Hj. Wan Mohd Yasim bin Wan Seman

Gambar kt bawah ni pulak bangunan sekolah yang banyak memberi kenangan yang xmungkin luput diingatanku ini...hehehe
Miss my old days here

Okey, next pitchas are some memories that i had with my friends...huhu, mishh uols so much...:))
tuan empunya badan...^_^

My classmates masa form 4

Budak-budak nakal 5UK...:)

Teeq,me,Amal n Ady...rindunya

Tema Grand Dinner::Hijau...hi~~~

Huhu...semoga persahabatn yang terbina akan terus berkekalan walau awak-awak semua da jauh dari mata saya. May Allah bless~~~

Next part will be about my memory kat matrik...:)



Monday, October 25, 2010

Hati yang ikhlas...

Final exam bakal menjengah xberapa lama lagi. Tinggal beberapa hari je lagi untukku dan sahabat-sahabatku yg lain menelaah apa yang telah dipelajari sepanjang sem ni. Kalau ikutkan penat, memang penat. Tapi, demi lulus exam kuteruskan juga...'STUDY!!!'


Jika diikutkan pada pengalaman lepas, tradisi untuk study bertungkus lumus hanya akan menjengah setelah final menghampiri. Semester ni nampaknya juga begitu. Ya Allah, betapa aku telah tersalah niat. Belajar hanya untuk menjawab soalan periksa, bukan lillahitaala...:((


Ikhlas...satu perkataan yang cukup mudah diungkapkan, namun amat payah untuk dipraktikkan. Hmmm,dalam duk tengah kalut tuk exam ni, baru nk insaf. Kenapalah dari dulu lagi xbelajar sungguh- sungguh. Nak habis sem baru nak cari nota itu nota ini. Sepatutnya dari dulu lagi hati kena ikhlas belajar lillahitaala. Barulah ilmu yang dapat tu akan melekat sampai bila- bila...huhu


Tapi insyaAllah, masih sempat lagi perbetulkan apa yang perlu dibetulkan. Moga Allah merahmati perjuangan hambaNya di medan 'perang' nanti. InsyaAllah... :)






Kepada yang bakal menduduki peperiksaan, diucapkan semoga dapat jawab dengan tenang dan tenteram, aman damai,hehehe. Semoga berjaya...:))





Friday, October 22, 2010

it's been a while...

Sudah lama rasnya tak menulis entry baru dlm blog ni...sebabnya saya xle minat sgt dlm bidang tulis menulis ni...dalam bahasa mudahnya, xminat dan reti ,huhu. Tapi xpe, saya akan berusaha untuk improve myself...i'll start once again and InsyaAllah i wii update this blog sokmo...hihi


okey...for this entry, i would like to share with all th readers about my four nieces and one only one nephew.Tiba2 teringat kt depa orang, ble la kte boley jmp lagi ye wahai putera puteriku,huhu..what know is i just love them so much, hi3


i'll begin with the eldest:

muhammad aliff<5 tahun>


Aliff ni cucu sulung of my ayah and mok. He's quite shy to people he doesn't know but bila da knal, da bley wt mcm geng la. He is 5 years old now. waaa xsangka aunty, alip da besor...kih3


then, the next one is the ratu dalam kalangan my anak2 sdara. Sangat suka bergaya and bermekap segala macam. Ape2 pn aunty tetap sayang ija:

khairun khadhija <5 tahun>

okey...yg nombor 3 ni spesel ckt. hi3 bukan sebab apa tp sebabnya aunty paling syg budak ni. Suka merajuk, suka mengadu, tp hati banyak baik...

khairun imani <4 tahun>


then yg no. 4 plak. dari apa yg anuty duk perhati, yg ni lasak cket. Sukakan cabaran la katakan. tapi kalu nanges habis satu rumah dengar, kih3...jom layan

nur humairah <2 tahun>

and the last cute one is very2 luvly...

khairun marissa <1 tahun>


habis suda kesemua 5 anak2 saudaraku yg comel dan nakal. mereka sume duk jauh2. kalu bley jumpa pn tyme cuti je, huhuhu...sbb tu la aunty xsabar2 nk tunggu cuti akhr taun ni...nanti boleh jmp korang lagi. Can't wait for that. xsabar nk bergegak gempita, xsabar nk bergurau senda, nk mandikan, nk buatkan susu, nk buatkan 'roti canai'...mcm2 lagilah...hi3



© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP