Thursday, October 28, 2010

No pain no gain...


Kebelakangan ini makin kerap sakit belakang datang menyerang. Nak-nak lagi kalau lepas bangun tidur waktu pagi...huhuhu,entah kenapa saya pun xpasti. Kadang-kadang rasa macam orang tua pulak sebab mak pun ada sakit yang sama. Tapi taklah sampai rasa kebas-kebas pada bahagian punggung.



Paling kemuncak, cuti akhir tahun yang lepas saya diserang bertubi-tubi dengan rasa sakit belakang. Nak angkat barang sikit pun sakit yang amat. Nak bangun dari tidur pun kena berpaut kat tiang katil dulu. Nak melompat-lompat dengan anak sedara pun xboleh. Ada sekali saya menangis teresak-esak kerana sudah tidak tahan dengan sakit ni sehingga langsung tidak boleh berganjak dari katil. Bila panadol tak memberikan kesan, mak bagi saya makan ubat sakit belakang yang biasa dia ambil. Alhamdulillah, lepas tu baru rasa ok sikit dan sudah boleh bangun dan berjalan.Bila pegi jumpa doktor dia kata saya xada apa2 masalah, mungkin disebabkan hormon sahaja. Then, he just gave me ubat tahan sakit. Makan jika perlu katanya. Then, things getting better...even bukan sepenuhnya tapi kre ok dari sebelum ni...syukur sangat2.


Dan kini selepas beberapa bulan, sakit itu datang kembali menjengukku. Bangun saja dari tidur awal-awal pagi, sakitnya terasa. Tapi tidaklah seteruk apa yang saya alami akhir tahun lepas kerana saya masih boleh bertahan. Seorang sahabat pernah berkata, seronoknya sakit bila tahu bersabar. Moga dengan kesabaran ini mampu membuang jauh dosa2  yang menggunung itu! Yey!

 Ya Allah, Kau jauhkanlah aku dari malapetaka. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.

Ohh tiba-tiba rasa rindu kt anak-anak sdara...xsabar nak main2 ngan kamu2 smua kesanyanganku...tinggal berapa minggu je lagi nak cuti...^_^
heeee~~~~

3 comments:

  1. muehehe,,,la k0ngsi ubat nga m0k ea,,,len kali m0k ken0 amek ubat lebey la gini,,,

    ReplyDelete
  2. sakit belakang jugak ni..dok cari info..lepas bangun je mesti sakit belakang..

    ReplyDelete
  3. xley main2 ngn sakit belakang ni...must go fo check up nih...mmm

    ReplyDelete

© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP