Thursday, December 12, 2013

Selamat Pengantin Baru^^




السلام عليکم ورحمة الله


ohh hi...hello there
being in silent mode for a quite long period =.="
tak...saya tak pernah lupa kewujudan blog ni
ingat selalu
tapi kekangan masa yang mengganggu
cewahh..ayat diaa
kiki
salahkan masa pulak ye cikgu dila
cikgu dila???
wuhuuu,macam tak percaya pulak ye, dah jadi cikgu betul2
*tampar2 pipi sikit*
bior sedor diri tuu
+.+
oppss..sori,terbanyok mengepek pulok

ok then,mari kita sambung berkenaan topik utama entri pada kali ini
-ayat nak skema-
lama kan saya tak apdet blog ni cik irah
just referring cik irah cuz i know irah je baca blog ni,hihi
and cik irah jugak la yang duk desak2 paksa2 i suruh apdet blog ni
thanks cik ir...kalu dop kerana cik ir, maka berhabuk bersawang la padiputeh.blogspot ni T.T
banyok ngepek wehh dila,cepat2 la cerita dan tepek2 gambar nunnn
:D

ok,sambung balik
oleh sebab sekarang ni musim cuti sekolah, kmek sikmo cerita pasal sekulah k
just nak cerita pasal aktiviti cuti sekulah jakk
(tudiaaa..ada slang sarawakkk,curlassss mu dila -.-)

kalau dah namanya musim cuti sekolah, mesti ramai yang ambil peluang wat majlis kawen kan
haaa...kawan2 kami pun ramai yang kawen time cuti ni
termasuklah kawan baik kita yang sorang ni cik irah...
Puan Siti Fatimah binti Jaffar
hehe,dah jadi puan dah dia
cepat sungguh masa berlari..xdan nok hambat :p
mari kita sama2 tengok album kawen siti + ariff

masa ni belum akad lagi,hehe sebelum ke masjid untuk akad nikah (i pun nak interframe jugak:D)

dub dab dub dab
alhamdulillah dua orang sahabatku ini sudah bergelar suami isteri^^
 

antara kawan2 yang hadir^^

woot2...pengantin so gojesosemmm

barakallahulakuma wabarakaálaikuma wajamaá bainakuma fi khair

selamat menempuh alam perkahwinan
selamat menjadi isteri ye puan siti
selamat menjadi suami ye incik ariff
selamat semuanya...^^

dan tidak dilupakan pada sahabat2 yang lain
khairi + nadia juga duki + asma
selamat pengantin baru juga

mano pengantin pompuan xsapa2 lagi ni??hihi...gambor ni paling lucu kot

selamat pengantin baru duki & asmaa

selamat pengantin baru keri & nadia

selamat menempuh fasa kehidupan yang baru kawan2
doakan kami yang masih single mingle ni...hehe
till then...see ya
wassalam







Thursday, September 12, 2013

jauh aku termenung




Mereka 
anak-anak kecil
yang terkadang kuperhatikan lebih matang dari aku sendiri
pandai mengurus diri walau usia belum sampai belasan tahun
aku tertanya sendiri
bagaimana mungkin mereka pandai mengurus diri
sedang mereka masih diusia kanak-kanak
tapi aku
suku abad hidup di muka bumi
masih terkapai-kapai dalam pengurusan diri
jauh aku termenung


ar-Ra'd, ayat 11



p/s : that is the life that Allah has chosen for us to live, bergantung pada diri kita sendiri untuk mengubahnya (nasihat buatku)



Friday, August 9, 2013

REDHA...IKHLAS...SYUKUR



السلام عليکم ورحمة الله


Lama tidak mengaktifkan diri dalam dunia blogging ni (laaa sangatt)
rupanya ada yang rindu nak baca coret-coret saya kat sini
hihi... cc: cik syarifah
selama blog ni tak terapdet,selama itulah rutin hidup saya dah berubah
me kini seorang guru,wuhuhu...ya, officially a teacher
alhamdulillah,setelah 7 bulan tanam anggur kat rumah akhirnya kini dah berkerjaya tetap
SARAWAK now is my second home after KELANTAN
the biggest state in malaysia tuuu
hewhewhew

mula-mula dapat tahu kena posting sarawak memang speechlessssss
tak tahu nak describe macam mana perasaan tu
buat2 cool ja depan orang lain
tapi bila dah sampai Saratok (the region i'm working here in S'wak) ni keluar jugak la air mata keperempuan ni haaa
but that was five weeks ago
sekarang dah boleh adapt dah
setakat naik bot nampak buaya kat tepi sungai tu dah perkara biasa dah =.='
kena tadah air paip tengah-tengah malam pun perkara biasa jugak =.='
nampak tikus main kejar-kejar dalam rumah pun dah jadi rutin tiap-tiap malam =.='
hewhewhew
apa-apa pun syukur sebab ditempatkan di kawasan orang Islam
dapat jugak keluar tarawih kat masjid tepi sekolah tiap-tiap malam masa bulan ramadhan hari tu
dapat jugak dengar azan berkumandang tiap-tiap kali masuk waktu

yang paling penting diri ni kena redha dan sentiasa ikhlaskan diri nak mendidik anak-anak kecil yang bakal mencorak masa depan negara 
cikgu Fadhila bolehhhhhh!! 

SK KAMPUNG KUPANG, sekolah pertamaku menabur bakti

anak-anak kecil Tahun1...me the english teacher


Tahun4...me the maths teacher, me the english teacher and me oso the class teacher^^

ok, naik bot itu seronok^^

p/s : all the best juga buat teman-teman yang lain,moga sentiasa dalam lindungan Allah
p/s/s: selamat hari raya Aidilfitri, ampun maaf dipinta andai diri pernah mengguris perasaan sama ada sengaja mahupun tidak...
p/s/s/s: khas buat cik syarifah, yeay!!! saya dah apdet blog ni, mesti irah suka kan kan kan hihih





Friday, June 7, 2013

hari jubah kami




gambar ihsan dari kamera cik syarifah^^


tersenyum gembira di sisi rakan-rakan pada hari jubah
terima kasih semua!!!
5 tahun setengah sama-sama ketawa, sama-sama menangis
entah bila pulak kan kita boleh jumpa
bak kata orang...
setiap pertemuan kan akan ade perpisahan
moga dengan perpisahan ini tidak memutuskan silaturrahim yang sedia terjalin antara kita semua
cehhh...ayat tak tahan
all the best ye semua...selamat menjadi guru
nak kawen jangan lupa menjemput^^.




Thursday, May 16, 2013

Eid muallimin




السلام عليکم ورحمة الله
16 Mei
sangat sinonim dengan perayaan sambutan hari guru
maka dengan ini tuan punya belog pun dengan berbsesar hati ingin mengucapkan
Selamat Hari Guru
buat semua guru di seluruh dunia
terutama yang telah mengajar diri ini
dari tidak tahu kepada tahu
dari tidak faham kepada faham
dari tidak pandai kepada pandai

bermula dari :
Tadika Islam Nurhidayah
Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat
Kolej Matrikulasi Kedah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

terima kasih cikgu,ustaz,ustazah,teacher,sir
jasa kalian sungguh tidak ternilai

juga buat ahli keluargaku yang majoritinya adalah guru
rakan-rakanku juga sebahagian besarnya adalah guru
buat diriku juga yang bakal bergelar guru^^

tidak dilupakan buat almarhum sir hashim bin salleh
may Allah have mercy on you and grant you His eternal jannah...amiinn
teringat masa belajar dengan sir dulu, u r one of my fav teachers
belajar 3jam non-stop pun tak terasa....cuz u know how to handle us well
^^.

Wednesday, May 15, 2013

penyejuk badan di kala panas^^



السلام عليکم ورحمة الله



terliur tak tengok gambar kat atas tu?
hihi
tapai pulut kalau makan dengan aiskrim perisa vanila memang mabeles
nak2 lagi dalam cuaca panas macam sekarang ni
tak percaya?
cubalah sendiri^^


p/s: we kelantanese pronounce tapai as 'tape' :)

Monday, May 13, 2013

untitled



السلام عليکم ورحمة الله

lamanya tak apdet blog kan
tak...saya tak bizi pun
ada je kat sini
tak pergi mana-mana pun
cuma kekeringan idea nak tulis2 dalam ni
sekering tanah yang sudah lama tidak dibasahi hujan
ecehhh

alhamdulillah...pru13 baru saja selesai minggu lepas
banyak isu yang timbul dari isu dakwat yang tak berapa nak kekal,isu pengundi hantu,blackout...macam2 lagi
tapi insyaAllah...segala keputusan diterima dengan senyuman dan redha
^^.
semua tu Allah yang tentukan...kan
thumma alhamdulillah...kelantan masih kekal di bawah pimpinan yang sama sejak berpuluh tahun yang dulu
semoga Allah terus merahmati bumi kelahiranku ini
ok...tamat mengenai pru

dan sekarang sedar tak sedar dah nak masuk pertengahan bulan mei
ya...bulan 5
*senyum pahit*
belum lagi dipanggil berkhidmat untuk anak bangsa
hanya doa mampu dipanjatkan moga dipermudahkan segala urusan


rindunya menghirup udara dalam suasana persekolahan
 (dah lama rasanya tak senyum nampak gigi sebaris macam ni >.<)



Thursday, May 2, 2013

mari tunaikan tanggungjawab



السلام عليکم ورحمة الله




saya tidak pandai berkata-kata
mahupun berhujah
nak2 lagi dalam bab politik
cukuplah sekadar menjadi pemerhati bebas melihatkan banyaknya post berkenaan politik yang dishare di facebook
kadang-kadang apa yang dishare itu tidak diketahui kebenarannya
fakta atau auta
kadang2 juga tersenyum sendiri membaca komen yang pelbagai
ada yang terlalu taksub sehinggakan newsfeed penuh dengan berita politik darinya sahaja
kadang2 bosan pun ada
hewhewhew
tapi sediam-diam saya, insyaAllah saya sudah tahu calon mana yang bakal dipangkah nanti
juga tidak sabar untuk memangkah kerana ini adalah kali pertama saya mengundi^^

gambar di bawah sempat saya ambil ketika keluar mencuci mata melihat dunia luar sesudah berapa lama terperuk di rumah










yang mana pilihan hati?
tepuk dada, tanyalah iman^^
kepada yang masih berada atas pagar tu, fikir2 la...buatlah keputusan yang terbaik demi masa depan negara kerana kita sebagai rakyat harus memilih

bak kata inche gabana, 
"tak sakit ke bang duduk atas pagar tuu? tajam woh"


Wednesday, May 1, 2013

wordless wednesday






selamat hari pekerja
walau tahun ni belum lagi bekerja pada tarikh 1 Mei,
insyaAllah tahun depan bakal sambut dengan erti sebenar seorang pekerja

^^.

Friday, April 26, 2013

kids are seriously funny



السلام عليکم ورحمة الله

tadi masa tengah scrolling down newsfeed kat fb ni ada la tertengok satu post ustaz hasrizal ni
dia share video from youtube, which is about some conversation with kids about politics
and the conversation was done by Jimmy Kimmel
sangat lucu dan lawaknya la haiiii

budak laki kat belakang tu paling lucu^^

hihihi...budak2 ni memang la jujur kan
dan si jimmy ni pulak stail lucu 
saya pun apa lagi, cari la lagi video2 kat channel jimmy
dan saya ada jumpa video pasal 
Jimmy Kimmel Lie Detective
saja dia menyamar jadi detective...interview budak2...sangat klakar
banyak part...dan semua part saya suka
terubat la hati ni sikit ye...lama dah tak gelak sakan ni

#1


#2

yang seterusnya boleh search sendiri,hhihi



Wednesday, April 24, 2013

wordless wednesday


السلام عليکم ورحمة الله



material2 di atas merupakan salah empat daripada bermacam2 senarai dalam wishlist saya
ahaha
tudiaaa....semua dalam bentuk kebendaan
hihi...this is just my short-term desire la kiranya
tak salah kan ada angan2 macam ni
tapi myvi tu xsae kuning sebenarnya...nak putih,hihi

ok...takpo dila,keno usoho la gitu gak
kijo molek...pahgak beli la nok bli gapo pon
=.="


p/s:: wordless wednesday dah jadi wordy wednesday pulak :p



Monday, April 22, 2013

Kerana kenangan itu indah-indah belaka



السلام عليکم ورحمة الله


trip ke ganu


seronok semuanya

sweet kan semuanya^^


Hari ni tersenyum sendiri semasa tangan sibuk mengedit gambar2 lama
tersenyum melihat kelatah rakan2ku yang bermacam
kerana merekalah yang pernah mewarnai duniaku dulu saat bergelar pelajar
dan kini masing-masing membawa haluan sendiri sementara menunggu dipostingkan
teringat pula kesibukan di saat menyiapkan esaimen yang banyak
menyiapkan slide untuk pembentangan esoknya
mengerah keringat memikirkan aktiviti pnp semasa musim praktikum
mengulangkaji bersama2 di musim peperiksaan
di saat menyiapkan laporan kajian tindakan

tapi yang pasti banyak benda yang dipelajari throughout these 5 years and a half 
lots than u ever imagine...cheewahhh
moga dapat diambil iktibar dan panduan
cukuplah menoleh ke belakang duhai dila
pandanglah ke hadapan...there are so many things await in front of u



live the moment.cherish the present.anticipate the future.frame the yesteryear
-hlovate-





Wednesday, April 10, 2013

Contengan Jalanan



السلام عليکم ورحمة الله

Seingat saya dulu saya pernah buat entry pasal novel 'VERSUS'
daripada novelist HLOVATE tu
dah lama rasanya tak baca novel,sejak duduk menganggur di rumah ni asyik tengok cerita aja kerjanya
habis satu...satu saya layankan =.='
membacanya sangatlah kurang until i found this one novel
CONTENGAN JALANAN
novel ni ada je atas meja dalam bilik ni,punya la buat-buat tak perasan
hari ni baru rasa terdetik nak ambik dan baca...secara istiqomah,errr
sebenarnya dah pernah cuba baca this novel sebelum ni
tapi mula2 cerita dia tu sedikit pening kepala sebab banyak sangat dia letakkan istilah2 yang tak pernah jumpa...the language of art,maybe >.<
tapi saya tahankan jugak nak baca sampai habis the first story tu
fiy novel ni ade 2 cerita...tapi 2-2 cerita ada sangkut paut la
ok,back to the first story
mengisahkan perjalanan hidup fend@fendy@afendy daripada hidup tanpa arah tuju
kepada perjalanan dia mencari Tuhan
sangat best bila masuk part dia musafir ke australia dengan sepupu dia, chad@irsyad masa bulan puasa
kat situlah bermulanya di mana dia dan chad betul2 mengenali apa sebenarnya tujuan hidup di muka bumi ini
tapi yang betul2 permulaan perjalanan dia is from 
'the eleventh hour'
apa tu???
kalau nak tahu kena baca sendiri la novel ni...u'll find its beneficial
i swear...hehe

"Aku teringin nak masuk syurga."
"Siapa yang taknak?"
"Kalau kau masuk dulu, tarik aku sama?"

dialog kat atas tu antara dialog terakhir dalam first story ni,agak sedih sikit T.T

dan cerita kedua pulak...belum sempat nak baca lagi,mata dah kuyu
insyaAllah akan disambung pembacaannya esok
heee...can't wait

a two covered novel^^


Friday, April 5, 2013

angan-anganku




السلام عليکم ورحمة الله

aku...selalu cemburu bila melihat gambar rakan-rakan yang berada di luar negara
tidak kira yang diaplod melalui mukabuku mahupun di dalam belog
bukan main lagi posing sambil tangan penuh dengan salji
atau berlatar belakangkan bunga sakura yang jatuh memenuhi jalan
atau sambil memegang bunga tulip di tangan
ahaaa...cemburu terlalu
"bilakan aku berkesempatan untuk berposing sebegitu juga?"
satu persoalan yang sentiasa bermain di minda bila melihat mereka tersenyum bahagia menikmati indahnya ciptaan Tuhan di negara orang
hikkk
sebab itulah
kembara ke bumi empat musim tersenarai dalam wishlistku
insyaAllah,akanku jejak ke bumi bersalji itu nanti bila tiba masanya 
dengan keadaanku yang masih belum bekerja ni, agaknya lambat lagi la harapanku itu untuk tertunai
tapi tidak siapa yang dapat menduga perancanganNya kan...jadi, sentiasa berdoalah
heeee^^

bila difikirkan balik, untungnya la kan mereka yang dapat further study ke luar negara
dapat kenal tempat orang
dapat menikmati keindahan alam semulajadi di tempat orang
dapat main salji...ehehhh
but it's ok...nothing to regret dear dila
Allah dah atur semua perfectly...perfectly for you
it may that the time for you to go there has not come yet
but you still have chance
who knows you'll go there for honeymoon trip
ahaha...gelenya =.='


beskan kalau dapat berpimpin tangan melewati jalan ni dengan suami sendiri,sambil anak-anak berlari berkejaran dihadapan^^...ahaa,gelenya lagi (linked)



p/s: banyak benda sebenarnya yang ada dalam wishlistku itu,insyaAllah akan dikongsi dalam apdet seterusnya,atau mungkin hanya kemas terlipat dalam hati ^^



rain bi hujan




السلام عليکم ورحمة الله


keadaan cuaca yang agak garang kebelakangan ini sedikit sebanyak mempengaruhi emosiku
manakan tidak, walaupun berada di bawah pusingan kipas berkelajuan maksimum sekalipun peluhku masih lagi menitik membasahi baju yang dipakai
heee,baru panas dunia ni, apalah sangat jika dibandingkan dengan panas akhirat nanti kan
baru diuji sedikit sudah mula menggelabah...bersabarlah wahai aku




nahhh...tengok, hari ini Allah turunkan rahmatNya
alhamdulillah, syukur padaMu ya Tuhan sekalian alam
rahmat hari jumaat juga barangkali
*tersenyum sendiri*


Thursday, April 4, 2013

of gaining weight




السلام عليکم ورحمة الله


being unemployed for months has made me gaining weight tremendously
and of course it is not a good sign for me, a girl (not yet a woman,wahaha) who just turned 25 last two months
and i'm not even married yet
how can i have a weight of 54kg now
arghhhh


linked


"doh makey xkaba keringak,mano xnaik berat tuu"
bisik hati kecilku pada diriku sendiri ketika sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk ditaip di sini
ramai kawan yang menegur mengatakan diriku kelihatan sedikit berisi ketika kami berjumpa semasa majlis walimah sahabat kami kira-kira 2 minggu lepas

"dila,awak nampak makin sihat!!!"
"dila,awak makin berisi...kat sini ni haa" sambil pegang2 lenganku yang semakin bertambah diameter
hanya senyuman yang mampu dibalas, dalam hati tuhan saja yang tahu
ottohke

i still remember when i was in secondary school,i only weighs around 41kg
skinny yet adorable,wuhuhu
then, i started to gain up to 46kg when i joined the PLKN
yes, i was one of the wirawati (laaa sangaat) at kem etnobotani gua musang
makan 5 kali sehari,manakan tidak beratku naik
then, i managed to maintain the weight during my 1year matriculation days
but when i started my study in the IPG, my weight kept rocketing up
it never goes down until today,wuhuuuu


namanya suri rumah sepenuh masa kann
bangun pagi makan, lepas tu tengok tv, lepas tu masuk dapur masak, makan lagi, lepas zohor tidur, bangun waktu asar, makan lagi, tengok tv waktu petang, malam makan lagi, lepas tu tidur lepas tengok tv
and the routine is just the same every single day, unless if my mother ask me to go out buying some groceries, ataupun ade emergencies lain
and sometimes, when i woke up in the morning i would sigh thinking of the same routine i'll be doing that day as days before
but there is still one positive thing i got from the same routine as a surirumah ni kan, i think i've improved my cooking skills,ahaaaa
tapi xdop la pandai nak masak pelik2...hok simple2 bulehla^^.

kan Allah dah kata, di setiap kesusahan itu pasti ada kebahagiaan
susah hati bila berat naik mendadak tapi bahagia bila tengok lauk masakan sendiri dinikmati oleh orang tua^^.
dan saya sangat senang hati sebab mok ayoh saya tidak memilih bab2 makanan ni, makan sahaja apa yang terhidang, walau terlebih masin atau terkurang gula^^




p/s::need to do some exercises since my convocation day is approaching,wish me luck^^ 



Monday, April 1, 2013

the countdown is on



السلام عليکم ورحمة الله


RAMADHAN
will be here soon
100 days more and we will meet again, insyaAllah
betapa aku merinduimu duhai bulan keberkatan
cepat2lah 100 hari ini berlalu
tidak tertanggung rasanya merindui kehadiranmu





Thursday, March 28, 2013

selamat pengantin baru



السلام عليکم ورحمة الله


alhamdulillah
 my dearest bestfriend merangkap xhousemate,xclassmate,xpracmate,xcarmate dah selamat mendirikan baitul muslim hari sabtu yang lepas
barokallahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma fikhoir
diucapkan buat puan fatimah zahrah binti mahamud dan pasangannya incik amirul amir
moga baitulmuslim yang dibina berkekalan dan bahagia bukan sahaja di dunia tapi sampai ke syurga sana
insya Allah
marilah sama-sama kita melihat foto-foto yang sempat ditangkap menggunakan kamera sony pink kesayanganku yang sudah agak lama bersama-samaku ke hulu ke hilir
(ayat skema*.*)


sekitar akad nikah 
(23 Mac 2013)

detik2 sebelum akad dilafazkan...dubdab3

alhamdulillah, puan fatimah bergelar isteri hanya dengan sekali lafaz...bak kata mastura, sesaat je lafaznya^^

snap2 @masjid chendering


kat bawah ni pulak gambar yang diambil semasa bekwoh^^
(24 Mac 2013)

antara rakan2 yang hadir

kami yang menyibukkan diri semasa sesi outdoor photog

pengantin baru^^

mereka2 yang turut serta (mastura tiada dalam gambar)

lepas ni giliran siapa pulak ye
xsabar nak g serbu :p



p/s::terima kasih yang tak terhingga buat cik syarifah munirah sekeluarga di atas tajaan penginapan
hehe,xsempat nak sembang banyak2 dengan cik irah...insyaAllah jumpa lagi^^


Tuesday, March 19, 2013

hati




السلام عليکم ورحمة الله


******

Tadahlah tangan dan mintakan hati baru pada Allah. Sungguh, Allah Ya Muhyi wal Mumiit, Maha Menghidupkan dan Mematikan. Tadahlah hati baru yang hidup subur dan basah di setiap ingatan padaNya...Kerana kita tak tahu ajal maut bila akan datang menjemput. Dan sudah pasti kita mahukan hati yang basah melaungkan Allah saat dipanggiNya :'(  


******

kata-kata di atas aku petik dari salah satu blog yang sering aku lewati
mengenai HATI
moga hati aku terus subur dibasahi dengan ingatan pada Allah
dan tidak akan pernah kering melupakanNya
moga aku sentiasa juga alert bahawa aku sentiasa dalam pengawasanNya
sentiasa sedar bahawa ada pencatit untuk segala kelakuanku di kiri kanan
yang tidak pernah berhenti mencatat sehingga sampai ajalku kelak
Allahu
sungguh aku tidak tahu berapa banyakkah amalan-amalan aku
dosa-dosa aku
layakkah aku untuk sampai dan mengetuk pintu syurgaMu
atau terjatuh ke lembah panas semasa meniti titian siratMu
Allahurobbi


semalam aku beberapa kali 'ditegur'
terkena periuk panas
sakitnya tak terkata,namun seketika cuma
kemudian terkena lagi...dan lagi
melihatkan kesannya di tangan lantas memujuk hati
ini baru sedikit...tersangat sedikit
jika dibanding dengan seksa api neraka kelak
sungguh tidak terbayang



p/s : tegurlah aku andai ada kekhilafan yang aku tidak sedar aku lakukan



Thursday, March 14, 2013

our very first little reunion




السلام عليکم ورحمة الله


sudah masuk separuh bulan 3
tapi baru hari ni rasa teruja nak apdet blog,hihi
semalam, 13.3.13 saya dan beberapa rakan lain telah selamat menjalani proses temuduga untuk pelantikan ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred 41
alhamdulillah kerana semua berjalan lancar
n dah boleh senyum lebar-lebar sampai telinga dah
hehe

dan semalam kami juga ada buat reunion kecil-kecilan untuk mathscrewz
kerana kebanyakan rakan sekelas memilih untuk diinterview di kota bharu
ada yang sanggup turun dari johor semata-mata nak interview bersama-sama
*padahal ada agenda lain,kikikiki*

alhamdulillah,1st reunion ni dapat mengumpulkan separuh dari ahli kelas kami
mari layankan gambar-gambarnya^^


cimcum sokmo


sepuluh orang semuanya^^.


ada jugak yang sponsor kek
tima kasih banyak-banyak
*padahal ada motip lain*
hihi jangan marah ye tuan empunya yang terlibat :p


mula dari gambar sebelah kiri: 1.tuan empunya yg sponsor kek, 2.rupa kek yg dsponsor, 3. ni la agendanya,hehe (sori terpaksa menutup wajah yg sorang lagi kerana ingin fokus pada yang tengah potong kek^^)


walau apa pun,gathering semalam sangat meriah,dah lama xjumpa kan
harap-harap lepas ni boleh buat lagi macam ni,tapi semua kena ada la
hihihi


p/s::semoga urusan posting kami dipermudahkan,amiinn


Sunday, March 3, 2013

soon...InsyaAllah




Q   : So, what do you do?
A   : I'm going to be a teacher.
Q   : When is it?
A   : Soon
Q   : ???
A   : I mean...very soon  =.="







Thursday, February 28, 2013

tata Februari




السلام عليکم ورحمة الله


since today is the last day of february, i would like make my last entry
for this month of course
kekeke

masuk bulan mac ni maka genaplah 3 bulan aku jadi penganggur yang tak berapa nak terhormat
T.T
badan pun dah nak jadi macam belon dah
asyik makan tido aje kerjanya
but a friend of mine said through her fb status just now, 
'nikmatilah alam menganggur sepuasnya kerana ada insan lain yang tiada masa seperti kita'
huhu ayat nak sedapkan hati


******

"Maka,nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
 ayat yang berulang kali disebut dalam Surah Ar-Rahman

maka,haruslah aku bersyukur kerana masih diberi waktu untuk berehat sepuasnya
sebelum memasuki alam bekerja
yang mana mungkin punyai banyak masa terluang seperti sekarang


alhamdulillah, thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah

******

 and ohh InsyaAllah i'll be interviewed by the spp team next 13 March 2013
for my pengesahan jawatan
do pray for me and my friends ya


p/s: bila nak start study pun xtau T.T





Tuesday, February 26, 2013

aunty awi's big day




السلام عليکم ورحمة الله


sabda Rasulullah S.A.W,
“Apabila seseorang dari umatku telah mendirikan sebuah perkahwinan,maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya”. 


******

lama tak update blog kan
dah rasa awkward pulak nak tulis kat dalam ni
hew hew hew
ok,let's start with this happy news
we just got new member in the family coz
my eldest sister got married last 2 weeks
^^.
so, i would like to congratulate our dearest kak wi and his husband
may ur marriage be blessed and get barokah from HIM
barokallahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma fi khoir
^^.

and about the pitcas, xsempat nak amek gambor banyok2 hari tu
maka layankan aje la yang mane ade


the bride with the bridesmaids

tak tahu nak kata apa >.<


so love dis pitca^^.


tq siti san for coming^^.

ini aje gambar yang ada dalam my simpanan
yang lain xsempat dicopy
huhu


p/s :: waiting for the next turn^^



© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP