Tuesday, March 19, 2013

hati




السلام عليکم ورحمة الله


******

Tadahlah tangan dan mintakan hati baru pada Allah. Sungguh, Allah Ya Muhyi wal Mumiit, Maha Menghidupkan dan Mematikan. Tadahlah hati baru yang hidup subur dan basah di setiap ingatan padaNya...Kerana kita tak tahu ajal maut bila akan datang menjemput. Dan sudah pasti kita mahukan hati yang basah melaungkan Allah saat dipanggiNya :'(  


******

kata-kata di atas aku petik dari salah satu blog yang sering aku lewati
mengenai HATI
moga hati aku terus subur dibasahi dengan ingatan pada Allah
dan tidak akan pernah kering melupakanNya
moga aku sentiasa juga alert bahawa aku sentiasa dalam pengawasanNya
sentiasa sedar bahawa ada pencatit untuk segala kelakuanku di kiri kanan
yang tidak pernah berhenti mencatat sehingga sampai ajalku kelak
Allahu
sungguh aku tidak tahu berapa banyakkah amalan-amalan aku
dosa-dosa aku
layakkah aku untuk sampai dan mengetuk pintu syurgaMu
atau terjatuh ke lembah panas semasa meniti titian siratMu
Allahurobbi


semalam aku beberapa kali 'ditegur'
terkena periuk panas
sakitnya tak terkata,namun seketika cuma
kemudian terkena lagi...dan lagi
melihatkan kesannya di tangan lantas memujuk hati
ini baru sedikit...tersangat sedikit
jika dibanding dengan seksa api neraka kelak
sungguh tidak terbayang



p/s : tegurlah aku andai ada kekhilafan yang aku tidak sedar aku lakukan



No comments:

Post a Comment

© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP