Monday, December 29, 2014

Ujian Tuhan buat hambaNya yang terpilih




السلام عليکم ورحمة الله


Berkarat sudah otak ini. Mahu menulis tapi kekeringan idea mungkin. Barangkali memang tidak berbakat dalam bidang ini agaknya. Namun harapku apa yang cuba disampaikan dapat difahami pembaca (kalau ada pembacalah ^^).

2014, It has been a challenging year for me. Diarahkan mengajar murid-murid prasekolah sangat mencabar kredibilitiku sebagai guru baharu, ecece..tapi itulah hakikatnya. Bukan dari segi sukatan yang memberi tekanan, tapi murid-murid itu sendiri. Macam-macam ragam dan karenah mereka semua. Terkadang aku gagal mengawal emosiku lalu mereka dimarahi,ditengking...astaghfirullahhh. Maafkan cikgumu ini anak-anak. Cikgu gagal mengawal emosi. Mungkin perlu banyak lagi belajar tentang kawalan kelas. Hari-hari pulang ke rumah dalam keadaan stress. Ehehhh, xdokla hari-hari, tapi lebih kurang la. Namun begitu, ada juga positive sidenya ajar kanak-kanak terlampau riang ni, they teach me how to be hapy over small things. Dapat makan cekelat sebiji pon sengih sampai telinga,dapat pujian sikit dari cikgu pun rasa macam nak terbang sambil kembang kempis hidung,dapat kertas kosong sehelai pon boleh hanyut sebab dapat lukis-lukis conteng-conteng...haha,kids...they have innocent hearts. Kalau kita marah dia pun,sekejap je tarik muka masam dengan kita,tak sampai 10 minit tengok-tengok dah bertenggek dah depan meja cikgu duk usik-usik stationaries cikgu sambil tanya kita macam-macam soalan yang tak ada kaitan dengan kelas haha,adoiiilaa...hak ni pon bleh buat cikgu stress tauuu...hihi. But seriously, i don't think teaching preschoolers suits me. It takes great responsibility from the teachers to handle these kind of kids. And because of that, aku sangat-sangat menghormati mana-mana guru yang mengajar prasekolah,tadika,tabika and what so ever yang ada kaitan dengan murid-murid di bawah umur 7 tahun ni. Sangat susah sebenarnya. That is all i can say. 


walau apa pun, cikgu sayang semua...jadi anak-anak yang soleh dan solehah ye^^


Okay, forget about them sekejap...berbalik pada tajuk kat atas tu, recently kita dikejutkan dengan pelbagai tragedi yang melanda negara kita kan. Mula dengan kehilangan pesawat Mas MH370 yang sampai sekarang tak diketahui statusnya, kes MH17 yang ditembak jatuh pihak tak bertanggungjawab yang mngakibatkan ratusan kematian dan sekarang ni kes banjir besar yang melanda beberapa negeri di semenanjung tanah air termasuklah negeri hamba Kelantan Darul Naim terchenta. Mula dengan banjir di bahagian hulu which is Gua Musang,merebak ke Kuala Krai dan seterusnya ke bahagian-bahagian lain. Air sungai melimpahi kawasan-kawasan rendah di semua tempat. Tempat yang tak pernah dilanda banjir sejak berpuluh-puluh tahun pun turut tenggelam kali ini. Sangat dahsyat kalau dilihat kemusnahan yang diakibatkan oleh banjir ni, tak tergambar dengan kata-kata. Ada rumah yang hancur ranap, ada yang tak dapat dikesan langsung akibat hanyut. Apa yang lagi menyedihkan dikhabarkan ramai yang meninggal akibat lemas dan kesejukan juga kelaparan. Sesungguhnya semua ini adalah ujian Allah buat hamba-hambaNya yang terpilih. Maka beruntunglah kalian dipilih Dia untuk diuji. Terima dengan sabar dan redha segala ketentuanNya. Ada hikmah di sebalik setiap sesuatu itu.

berlapang dadalah menerima ujian dariNya

Buat diriku juga, andai ditimpa sebarang musibah mahupun ujian dariNya, maka bersabarlah...mungkin Tuhan ingin kita lebih mendekatkan diri kepadaNya yang sering leka dan lalai. Terkadang aku begitu...maafkan aku Tuhan




p/s : Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi...mengharapkan yang terbaik untuk tahun 2015. Ada misi yang ingin ditunaikan, moga Allah permudahkan insyaAllah^^


2 comments:

  1. Insyaallah semOga kita tabah menghadapi setiap dugaan yang Allah berikan. Semoga dipermudah segala urusan dan kuat menghadapi setiap dugaannya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah,hehe terima kasih sudi baca blog ni...dah lama xmenulis,rasa janggal gtewww ;)

      Delete

© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP