السلام عليکم ورحمة الله
Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa minit sahaja lagi tahun 2014 bakal meninggalkan kita. Tahun yang penuh dengan suka duka tangis dan tawa. Banyak ibrah yang tuan empunya blog ni dapat hasil penyelusurian penuh berliku tahun 2014 ini.^^
Alhamdulillah...alhamdulillah...alahamdulillah
Semuanya berlalu jua
Ohh ye, entri kali ni nak cerita serba sedikit major+minor things that happened to me and revolved around people around me
1. Teaching preschool
Hehe, isi sama macam entri sebelum ni tapi tetap nak tulis jugak...suka hati i lerr i punya diari blog wahaha
Selama lima tahun setengah belajar di IPG, seingat aku sekali sahaja pernah masuk kelas prasekolah. Masa tu kena buat macro@micro teaching,ajar budak-budak prasekolah berkenaan nombor kalau tak silap. We taught in groups. Tak perlu buat lesson plan,just mengajar sahaja. And we had fun. Jadi, bila dah betul-betul jadi cikgu ni, tak sangka pula tahun ni kena pegang kelas prasekolah. Memang tak ada basic langsung. Kadang-kadang kesian dengan budak-budak tu dapat cikgu yang bukan bidang mengajar diorang. Tapi tak apa, we learnt from each other...kan kids??hehe. Budak-budak ni ada macam-macam perangai, ada yang pendiam, ada yang cakap banyak, ada yang suka bergaduh, ada yang suka nak bersembang dengan cikgu, ada yang dengan dunia dia sendiri...pendek kata setiap murid ada karekter masing-masing. Cikgu kena main peranan on how to handle these anak-anak syurga. Cikgu lah yang perlu membentuk mereka agar bila dah masuk ke arus perdana nanti, tak ada la kalut cikgu-cikgu mereka nanti nak handle them. Tapi wallah, its hard, people...like seriously. Hanya insan terpilih sahaja mampu mengawal 25 orang kanak-kanak ini dalam satu masa. Jadi, salute goes to you dear all preschool teachers. You have my high repect,hehe...Daku tidak mampu menjadi seperti kalian.
However, aku bersyukur kerana pengalaman inilah yang menjadikan aku lebih matang sebagai seorang guru, lebih penyabar juga mungkin. Terima kasih anak-anak untuk pengalaman yang cukup berharga ini.^^
anak-anak prasekolah SK Kampung Kupang 2014 |
cikgu pun nak selpi ngan anak-anak jugak^^ |
2. Puteh
Puteh? Apa tu?
Its my baby,hihi...alhamdulillah tahun ni dapat baby baru and i named it Puteh. Boleh la keluar jenjalan sokmo. Tak yah dah naik bot nak keluar gi mana-mana. Moga Puteh dapat bertahan keluar masuk jalan batu ye. I need you baby (sila jangan muntah hijau :p)
kiri : Puteh on the first day kanan: Puteh bila dah lalu kut jalan batu..xnampak rupa dah |
3. Kahwin
Ehhh...bukan i ye,kawan-kawan yang kahwin. Ramai sungguh kawan-kawan bina masjid tahun ni^^ Tahniah diucapkan pada semua. Moga Allah memberkati perhubungan kalian dan melimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah atas ikatan yang dibina.
Tahniah piey+izat...bagai pinang dibelah-belah^^ |
Tahniah Suha+Muhaimin : Sorang lagi geng pt1778 taman kurnia mengakhiri zaman bujang^^ |
yang kat bawah ni special sikit,hehe sebab beliau ialah co-writer blog padiputeh ni...jadi nak tepek lebih sikit gambar^^
Wedding of the year tahun ni jatuh pada pasangan sweet kita,hehe Irah+Syah |
antara yang hadir...majoriti dah berkeluarga^^ |
dan yang buat iols terharu, pengantin baru ada datag ke rumah menjengah iols sambil-sambil bulan madu ke negeri cik siti wan kembang ni..tempat di mana chenta mereka berputik...hehe,tak gitu puan syar?
alhamdulillah...moga awak berdua bahagia sokmo2 deh, sampai syurga sana,ameenn |
jadi dengan itu, maka tinggallah aku sorang lagi warga PT1778 Taman Kurnia Jaya yang masih belum kahwin,hihi...insyaAllah bakal menyusul nanti. Doakan saya juga ye kawan-kawan^^
I think that's all from me for this year. Hope for a brighter year next year. Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015....Till then,
السلام عليکم ورحمة الله
maafkan daku andai ada tersalah bicara, terkasar bahasa, tersalah grammar, hamba hanya insan biasa...menulis sekadar suka-suka^^
p/s: lama dah tak tulis panjang2 macam ni,rasa macam zaman belajar dulu pulak^^
No comments:
Post a Comment