Wednesday, December 31, 2014

Twenty Fourteen - To be missed




السلام عليکم ورحمة الله

Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa minit sahaja lagi tahun 2014 bakal meninggalkan kita. Tahun yang penuh dengan suka duka tangis dan tawa. Banyak ibrah yang tuan empunya blog ni dapat hasil penyelusurian penuh berliku tahun 2014 ini.^^ 
Alhamdulillah...alhamdulillah...alahamdulillah
Semuanya berlalu jua

Ohh ye, entri kali ni nak cerita serba sedikit major+minor things that happened to me and revolved around people around me

1. Teaching preschool
Hehe, isi sama macam entri sebelum ni tapi tetap nak tulis jugak...suka hati i lerr i punya diari blog wahaha
Selama lima tahun setengah belajar di IPG, seingat aku sekali sahaja pernah masuk kelas prasekolah. Masa tu kena buat macro@micro teaching,ajar budak-budak prasekolah berkenaan nombor kalau tak silap. We taught in groups. Tak perlu buat lesson plan,just mengajar sahaja. And we had fun. Jadi, bila dah betul-betul jadi cikgu ni, tak sangka pula tahun ni kena pegang kelas prasekolah. Memang tak ada basic langsung. Kadang-kadang kesian dengan budak-budak tu dapat cikgu yang bukan bidang mengajar diorang. Tapi tak apa, we learnt from each other...kan kids??hehe. Budak-budak ni ada macam-macam perangai, ada yang pendiam, ada yang cakap banyak, ada yang suka bergaduh, ada yang suka nak bersembang dengan cikgu, ada yang dengan dunia dia sendiri...pendek kata setiap murid ada karekter masing-masing. Cikgu kena main peranan on how to handle these anak-anak syurga. Cikgu lah yang perlu membentuk mereka agar bila dah masuk ke arus perdana nanti, tak ada la kalut cikgu-cikgu mereka nanti nak handle them. Tapi wallah, its hard, people...like seriously. Hanya insan terpilih sahaja mampu mengawal 25 orang kanak-kanak ini dalam satu masa. Jadi, salute goes to you dear all preschool teachers. You have my high repect,hehe...Daku tidak mampu menjadi seperti kalian.
However, aku bersyukur kerana pengalaman inilah yang menjadikan aku lebih matang sebagai seorang guru, lebih penyabar juga mungkin. Terima kasih anak-anak untuk pengalaman yang cukup berharga ini.^^


anak-anak prasekolah SK Kampung Kupang 2014

cikgu pun nak selpi ngan anak-anak jugak^^


2. Puteh
Puteh? Apa tu?
Its my baby,hihi...alhamdulillah tahun ni dapat baby baru and i named it Puteh. Boleh la keluar jenjalan sokmo. Tak yah dah naik bot nak keluar gi mana-mana. Moga Puteh dapat bertahan keluar masuk jalan batu ye. I need you baby (sila jangan muntah hijau :p)


kiri : Puteh on the first day
kanan: Puteh bila dah lalu kut jalan batu..xnampak rupa dah

3. Kahwin
Ehhh...bukan i ye,kawan-kawan yang kahwin. Ramai sungguh kawan-kawan bina masjid tahun ni^^ Tahniah diucapkan pada semua. Moga Allah memberkati perhubungan kalian dan melimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah atas ikatan yang dibina.

Tahniah piey+izat...bagai pinang dibelah-belah^^


Tahniah Suha+Muhaimin : Sorang lagi geng pt1778 taman kurnia mengakhiri zaman bujang^^

yang kat bawah ni special sikit,hehe sebab beliau ialah co-writer blog padiputeh ni...jadi nak tepek lebih sikit gambar^^
Wedding of the year tahun ni jatuh pada pasangan sweet kita,hehe Irah+Syah

antara yang hadir...majoriti dah berkeluarga^^

dan yang buat iols terharu, pengantin baru ada datag ke rumah menjengah iols sambil-sambil bulan madu ke negeri cik siti wan kembang ni..tempat di mana chenta mereka berputik...hehe,tak gitu puan syar?

alhamdulillah...moga awak berdua bahagia sokmo2 deh, sampai syurga sana,ameenn

jadi dengan itu, maka tinggallah aku sorang lagi warga PT1778 Taman Kurnia Jaya yang masih belum kahwin,hihi...insyaAllah bakal menyusul nanti. Doakan saya juga ye kawan-kawan^^

I think that's all from me for this year. Hope for a brighter year next year. Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015....Till then, 

السلام عليکم ورحمة الله

maafkan daku andai ada tersalah bicara, terkasar bahasa, tersalah grammar, hamba hanya insan biasa...menulis sekadar suka-suka^^



p/s: lama dah tak tulis panjang2 macam ni,rasa macam zaman belajar dulu pulak^^


Monday, December 29, 2014

Ujian Tuhan buat hambaNya yang terpilih




السلام عليکم ورحمة الله


Berkarat sudah otak ini. Mahu menulis tapi kekeringan idea mungkin. Barangkali memang tidak berbakat dalam bidang ini agaknya. Namun harapku apa yang cuba disampaikan dapat difahami pembaca (kalau ada pembacalah ^^).

2014, It has been a challenging year for me. Diarahkan mengajar murid-murid prasekolah sangat mencabar kredibilitiku sebagai guru baharu, ecece..tapi itulah hakikatnya. Bukan dari segi sukatan yang memberi tekanan, tapi murid-murid itu sendiri. Macam-macam ragam dan karenah mereka semua. Terkadang aku gagal mengawal emosiku lalu mereka dimarahi,ditengking...astaghfirullahhh. Maafkan cikgumu ini anak-anak. Cikgu gagal mengawal emosi. Mungkin perlu banyak lagi belajar tentang kawalan kelas. Hari-hari pulang ke rumah dalam keadaan stress. Ehehhh, xdokla hari-hari, tapi lebih kurang la. Namun begitu, ada juga positive sidenya ajar kanak-kanak terlampau riang ni, they teach me how to be hapy over small things. Dapat makan cekelat sebiji pon sengih sampai telinga,dapat pujian sikit dari cikgu pun rasa macam nak terbang sambil kembang kempis hidung,dapat kertas kosong sehelai pon boleh hanyut sebab dapat lukis-lukis conteng-conteng...haha,kids...they have innocent hearts. Kalau kita marah dia pun,sekejap je tarik muka masam dengan kita,tak sampai 10 minit tengok-tengok dah bertenggek dah depan meja cikgu duk usik-usik stationaries cikgu sambil tanya kita macam-macam soalan yang tak ada kaitan dengan kelas haha,adoiiilaa...hak ni pon bleh buat cikgu stress tauuu...hihi. But seriously, i don't think teaching preschoolers suits me. It takes great responsibility from the teachers to handle these kind of kids. And because of that, aku sangat-sangat menghormati mana-mana guru yang mengajar prasekolah,tadika,tabika and what so ever yang ada kaitan dengan murid-murid di bawah umur 7 tahun ni. Sangat susah sebenarnya. That is all i can say. 


walau apa pun, cikgu sayang semua...jadi anak-anak yang soleh dan solehah ye^^


Okay, forget about them sekejap...berbalik pada tajuk kat atas tu, recently kita dikejutkan dengan pelbagai tragedi yang melanda negara kita kan. Mula dengan kehilangan pesawat Mas MH370 yang sampai sekarang tak diketahui statusnya, kes MH17 yang ditembak jatuh pihak tak bertanggungjawab yang mngakibatkan ratusan kematian dan sekarang ni kes banjir besar yang melanda beberapa negeri di semenanjung tanah air termasuklah negeri hamba Kelantan Darul Naim terchenta. Mula dengan banjir di bahagian hulu which is Gua Musang,merebak ke Kuala Krai dan seterusnya ke bahagian-bahagian lain. Air sungai melimpahi kawasan-kawasan rendah di semua tempat. Tempat yang tak pernah dilanda banjir sejak berpuluh-puluh tahun pun turut tenggelam kali ini. Sangat dahsyat kalau dilihat kemusnahan yang diakibatkan oleh banjir ni, tak tergambar dengan kata-kata. Ada rumah yang hancur ranap, ada yang tak dapat dikesan langsung akibat hanyut. Apa yang lagi menyedihkan dikhabarkan ramai yang meninggal akibat lemas dan kesejukan juga kelaparan. Sesungguhnya semua ini adalah ujian Allah buat hamba-hambaNya yang terpilih. Maka beruntunglah kalian dipilih Dia untuk diuji. Terima dengan sabar dan redha segala ketentuanNya. Ada hikmah di sebalik setiap sesuatu itu.

berlapang dadalah menerima ujian dariNya

Buat diriku juga, andai ditimpa sebarang musibah mahupun ujian dariNya, maka bersabarlah...mungkin Tuhan ingin kita lebih mendekatkan diri kepadaNya yang sering leka dan lalai. Terkadang aku begitu...maafkan aku Tuhan




p/s : Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi...mengharapkan yang terbaik untuk tahun 2015. Ada misi yang ingin ditunaikan, moga Allah permudahkan insyaAllah^^


Saturday, September 27, 2014

Sharing is caring




Assalamualaikum wbth


Menjengah kembali laman yang semakin dilupakan ini
lama jarak diambil untuk karang new post
mungkin juga sudah tiada siapa yang peduli
tiada siapa lagi ingat wujudnya laman ini


"Things change. People change. Circumstances change. Relationships change. Semua benda akan berubah. Bahkan hati ini, dalam sekelip mata pun boleh berubah sama ada jadi baik atau jahat dengan kuasa Allah.

Accept the change and be happy with it. Itulah yang kita panggil redha. Apa yang terjadi pasti punya hikmah, walau seburuk kejadian pun. Jika ia baik bersyukurlah kerana Tuhan melimpahkan kurnia-Nya dan jika ia buruk maka bersabarlah kerana Tuhan mahu menaikkan iman kita dan mengajar erti sabar.

Walk away and never look back. Kenangan bukan untuk disimpan tapi untuk dijadikan pengajaran. Jangan menoleh kembali dengan kekecewaan. Tuhan mengurniakan nafas setiap hari bukan untik kita menyesali apa yang telah berlalu, sebaliknya untuk membaiki diri demi masa hadapan, demi akhirat.

Some stories are meant to be short, appriciate what you have today. Tak semua kisah kekal. Oleh kerana itu,hargailah apa yang kita miliki untuk saat ini. Ucaplah alhamdulillah sebanyaknya.

Try to be brave. Beranilah menempuh segala kesukaran meski pedih meski terluka. Kerana kita selalu ada Tuhan untuk menguatkan kita, insyaAllah."


oohh the first time i read those words i felt like something has stabbed me.
terus masuk menusuk ke dalam qalb.
like seriously
Thanks to whoever u are who wrote that
appreciate it so much
and i hope those who read this post will have benefit too^^






p/s : and i'm a happy me now alhamdulillah, all praises to Allah the Almighty^^


Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan 1435H



Assalamualaikum wbth



It's been a while. A very long while i guess. This site is being ignored by me. Apology from me.
This life has been very hectic since i've become a worker. A teacher to be detailed. My life changes 360degree.

 'Oh Allah, make me strong. Indeed i am poor and week'

Today is the second day of Ramadhan 1435Hijrah. The second time i celebrate the holy month here in Sarawak. Still, i feel the kekosongan. How i miss Ramadhan in Kelate way back when i was a student. 

But worry not. I'm okay here. Can go for tarawih in masjid coz the masjid is nearby.
 'Orang lain lagi susah dila oii,nak dengar orang azan pun tak dapat...huuuu'.
 I always said that to myself whenever my heart jadi tak tentu arah.
So, i am ok...not so ok, but ok la
And i hope u who read this post pon ok jugak.
May Allah bless^^

Ramadhan Kareem everyone!!!



© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP