Thursday, March 28, 2013

selamat pengantin baru



السلام عليکم ورحمة الله


alhamdulillah
 my dearest bestfriend merangkap xhousemate,xclassmate,xpracmate,xcarmate dah selamat mendirikan baitul muslim hari sabtu yang lepas
barokallahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bainakuma fikhoir
diucapkan buat puan fatimah zahrah binti mahamud dan pasangannya incik amirul amir
moga baitulmuslim yang dibina berkekalan dan bahagia bukan sahaja di dunia tapi sampai ke syurga sana
insya Allah
marilah sama-sama kita melihat foto-foto yang sempat ditangkap menggunakan kamera sony pink kesayanganku yang sudah agak lama bersama-samaku ke hulu ke hilir
(ayat skema*.*)


sekitar akad nikah 
(23 Mac 2013)

detik2 sebelum akad dilafazkan...dubdab3

alhamdulillah, puan fatimah bergelar isteri hanya dengan sekali lafaz...bak kata mastura, sesaat je lafaznya^^

snap2 @masjid chendering


kat bawah ni pulak gambar yang diambil semasa bekwoh^^
(24 Mac 2013)

antara rakan2 yang hadir

kami yang menyibukkan diri semasa sesi outdoor photog

pengantin baru^^

mereka2 yang turut serta (mastura tiada dalam gambar)

lepas ni giliran siapa pulak ye
xsabar nak g serbu :p



p/s::terima kasih yang tak terhingga buat cik syarifah munirah sekeluarga di atas tajaan penginapan
hehe,xsempat nak sembang banyak2 dengan cik irah...insyaAllah jumpa lagi^^


Tuesday, March 19, 2013

hati




السلام عليکم ورحمة الله


******

Tadahlah tangan dan mintakan hati baru pada Allah. Sungguh, Allah Ya Muhyi wal Mumiit, Maha Menghidupkan dan Mematikan. Tadahlah hati baru yang hidup subur dan basah di setiap ingatan padaNya...Kerana kita tak tahu ajal maut bila akan datang menjemput. Dan sudah pasti kita mahukan hati yang basah melaungkan Allah saat dipanggiNya :'(  


******

kata-kata di atas aku petik dari salah satu blog yang sering aku lewati
mengenai HATI
moga hati aku terus subur dibasahi dengan ingatan pada Allah
dan tidak akan pernah kering melupakanNya
moga aku sentiasa juga alert bahawa aku sentiasa dalam pengawasanNya
sentiasa sedar bahawa ada pencatit untuk segala kelakuanku di kiri kanan
yang tidak pernah berhenti mencatat sehingga sampai ajalku kelak
Allahu
sungguh aku tidak tahu berapa banyakkah amalan-amalan aku
dosa-dosa aku
layakkah aku untuk sampai dan mengetuk pintu syurgaMu
atau terjatuh ke lembah panas semasa meniti titian siratMu
Allahurobbi


semalam aku beberapa kali 'ditegur'
terkena periuk panas
sakitnya tak terkata,namun seketika cuma
kemudian terkena lagi...dan lagi
melihatkan kesannya di tangan lantas memujuk hati
ini baru sedikit...tersangat sedikit
jika dibanding dengan seksa api neraka kelak
sungguh tidak terbayang



p/s : tegurlah aku andai ada kekhilafan yang aku tidak sedar aku lakukan



Thursday, March 14, 2013

our very first little reunion




السلام عليکم ورحمة الله


sudah masuk separuh bulan 3
tapi baru hari ni rasa teruja nak apdet blog,hihi
semalam, 13.3.13 saya dan beberapa rakan lain telah selamat menjalani proses temuduga untuk pelantikan ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred 41
alhamdulillah kerana semua berjalan lancar
n dah boleh senyum lebar-lebar sampai telinga dah
hehe

dan semalam kami juga ada buat reunion kecil-kecilan untuk mathscrewz
kerana kebanyakan rakan sekelas memilih untuk diinterview di kota bharu
ada yang sanggup turun dari johor semata-mata nak interview bersama-sama
*padahal ada agenda lain,kikikiki*

alhamdulillah,1st reunion ni dapat mengumpulkan separuh dari ahli kelas kami
mari layankan gambar-gambarnya^^


cimcum sokmo


sepuluh orang semuanya^^.


ada jugak yang sponsor kek
tima kasih banyak-banyak
*padahal ada motip lain*
hihi jangan marah ye tuan empunya yang terlibat :p


mula dari gambar sebelah kiri: 1.tuan empunya yg sponsor kek, 2.rupa kek yg dsponsor, 3. ni la agendanya,hehe (sori terpaksa menutup wajah yg sorang lagi kerana ingin fokus pada yang tengah potong kek^^)


walau apa pun,gathering semalam sangat meriah,dah lama xjumpa kan
harap-harap lepas ni boleh buat lagi macam ni,tapi semua kena ada la
hihihi


p/s::semoga urusan posting kami dipermudahkan,amiinn


Sunday, March 3, 2013

soon...InsyaAllah




Q   : So, what do you do?
A   : I'm going to be a teacher.
Q   : When is it?
A   : Soon
Q   : ???
A   : I mean...very soon  =.="







© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP