Friday, November 16, 2012

the grandpa



Assalamualaikum wbth


aku...punya seorang datuk
yang mesra dipanggil che
seingatnya...aku tidak pernah menulis sebarang entry berkenaan che
maafkan cucumu ini che

che
sedang bedepan dengan ujian dari-Nya
demam yang berpanjangan sejak dari aidiladha dulu lagi


*******
pertama kali aku melihat che menangis tadi pagi
sebak mungkin
namun aku sangat kagum dengan datukku itu
tidak henti menyebut Allah...Allah...Allah
mulutnya sentiasa basah dengan istighfar
peringatan bagi kami yang masih muda dan sihat ini
masih aku ingat
nenekku pernah bercerita
che tiba-tiba hilang dari tempat pembaringannya
puas dicari
rupanya che ke balasoh (surau) menunaikan solat asar
sungguh kuat semangat orang tua itu

*******
che insan istimewa
seorang yang kuat agamanya
solat 5 waktu sentiasa akan ke balasoh
walau tidak berapa sihat
walau sudah kehilangan kudrat
bagiku, che juga seorang yang kreatif+inovatif
barang yang rosak akan dibaikinya
agar boleh dipakai semula
aku masih ingat waktu kecilku dulu
che lah orangnya yang membaiki basikalku yang sentiasa rosak itu
che lah orangnya yang membaiki seliparku yang pernah putus
che lah orangnya yang membaiki atap bumbung rumah yang bocor
che lah orangnya yang membaiki paip rumahku
che lah orangnya yang membaiki payung ibuku yang patah
che lah orangnya yang selalu menadah air tuak (air nira) semasa bulan puasa dan diberikan kepada kami
che mahir bertani menanam pelbagai tanaman
che juga mahir membuat wau
che juga disayangi binatang
che...hampir sempurna bagiku



ya Allah...berilah kesihatan yang baik kepada orang tua ibuku itu,ringankanlah bebanan yang Engkau berikan padanya. Permudahkanlah urusannya dan cucurilah rahmat ke atasnya sebagaimana dia telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik ibuku semasa ibuku kecil
ameen...ameen ya Rabb






3 comments:

© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP