tika orang lain sibuk mentelaah nota kerna mahu menduduki peperiksaan akhir
kamu terlantar di hospital tidak sedarkan diri
tika orang lain sibuk menjawab soalan di dewan peperiksaan
kamu masih kaku di katil itu
Allahu Allah
betapa hebat ujian-Mu buat sahabat kami itu
betapa Allah merinduimu wahai sahabat
kerana dikirimNya hadiah istimewa berupa ujian itu kepadamu
bukan kenapa
tetapi kerana mahu mendengar rintihanmu
maka kuatlah wahai sahabat
kami tahu dirimu mampu,tabah serta cekal
dan kami di sini juga sentiasa mendoakanmu
mendoakan kesejahteraanmu
kerana doa itu
adalah senjata paling berbisa bagi orang mukmin
******
walau kita jarang berbicara kerana berlainan kelas, namun aku senang denganmu
periang, mesra dan senang diajak berbicara
juga
kamu tidak pernah lokek dengan senyuman
******
sebak membaca status teman-teman yang lain di muka buku
mengkhabarkan perihal dirimu semasa melawatmu di hospital semalam
masih lagi diberi ubat tidur kerana dikhabarkan doktor tidak mahu ada pergerakan
kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan
"Kami bercakap2 dgnnya dan kelihatan air matanya meleleh keluar, ada pergerakkan pipi dan mulut..."
kata-kata salah seorang teman itu...sangat menusuk
aku sebak...menitik
cepat sembuh ye sahabat
ramai yang merinduimu
Nurul Janah binti Ahmad