Saturday, May 7, 2011

Chiken~~~

Chiken??? chicken chop...chicken dance...hehe, semua bukan

Actually, what i want to say here is chicken pox...hadoii, my eldest niece duk tengah menderita terkena virus sekali seumur hidup ni...hehe, sabar ye my dear ija...

Chicken pox atau cacar air ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Gejala- gejala cacar air::

  • Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.  
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

    • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
    • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
    • Minum banyak air masak.
    • Ambil makanan yang seimbang.
    • Sentiasa membasuh tangan.
    *Sumber diambil dari infosihat.gov.my

    Cian ija...saba deh:)


    1 comment:

    1. when cik kakak naek chicken chop.....

      ReplyDelete

    © 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

    Back to TOP