Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru 2011


Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Begitulah tema hari guru pada tahun ini yang bakal disambut pada 16 Mei nanti. Rasa dah semakin berkobar- kobar dah ni sebabnya dah tak lama lagi dah nak dapat lesen tuk jadi guru...weeee~~~

*nak membahasakan diri dengan aku*

Actually dalam keluarga aku memang dipenuhi dengan cekgu-cekgi. bermula dengan ayah (dah pencen dah pun), my eldest brother + wife, my eldest + elder sisters, and my 2nd sister in law....pastu aku ngan adik bongsu pun will be teachers toooo...ramai kann,hehe tu belum campur saudara mara yang lain lagi.

Teringat pula zaman kecik-kecik dulu, my parents lah yang jadi guru pertama aku...mak ajar aku tulis nama penuh biarlah masa tu xpandai baca lagi,haha...ayah pulak jadi tok guru yang ajar aku baca quran, stat dari tak tahu apa2, sehinggalah sekarang dah banyak kali khatam al-quran, alhamdulillah...thanks ayah:)

Masa kecik bukan main lagi malas kalau ayah panggil tuk ngaji.

"ilaaaaa!!!! maghi ngaji ni!!!"

begitulah laungan ayah setiap kali selepas solat asar. Kadang-kadang kalau dah rasa malas tu sanggup lari nyorok kat rumah nenek (sebelah rumah je) sebab xnak mengaji....adehhhh. Tapi ayah tetap panggil sampai nenek halau aku balik rumah semula...hahaha

Ayah sebenarnya bukan saja ngajar aku n other siblings mengaji al-quran...bahkan beliau jugaklah yang ajar kami adik- beradik subjek Matematik. Masih kuingat kenangan kena hapal sifir 2 ngan 3 masa cuti akhir tahun nak masuk darjah 2. Budak2 lain bes je duk main2, tapi aku duk terperap kat rumah menghapal sifir...T_____T...Daripada hapal sifir hinggalah jawab soalan tahap tinggi ayah aku ajar...hehe, beliau sangat terer Matematik walaupun bukan bidang beliau...Ustaz celik nombor la katakan:)

Pastu bila masuk sekolah menengah, beliau sangat memanfaatkan kepakaran beliau dalam Bahasa Arab tuk mengajar kami bahasa alquran ni..Sokmo dulu kena hapal fiil madhi, fiil mudhori', fiil amar, banyak lagi laa...huhu, sekarang dah lupa banyak dah...Dah lama meninggalkan alam persekolahan la katakan....


Terima kasih ayah sebab bagi didikan yang secukupnya kat anakmu ni...sekarang anakmu bakal menyambung perjuanganmu tuk menjadi pendidik anak bangsa. Doakan semoga anakmu ini berjaya ye ayah...(^_^)

Tidak lupa juga terima kasih yang xterhingga kepada semua guru yang pernah mengajarku bermula dengan guru di Tadika Islam Nurhidayah, Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Kolej Matrikulasi Kedah dan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu....jasa kalian memang sangat besar dalam hidupku...Semoga Allah merahmati guru-guruku:)

Saturday, May 7, 2011

Chiken~~~

Chiken??? chicken chop...chicken dance...hehe, semua bukan

Actually, what i want to say here is chicken pox...hadoii, my eldest niece duk tengah menderita terkena virus sekali seumur hidup ni...hehe, sabar ye my dear ija...

Chicken pox atau cacar air ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Gejala- gejala cacar air::

  • Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.  
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

    • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
    • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
    • Minum banyak air masak.
    • Ambil makanan yang seimbang.
    • Sentiasa membasuh tangan.
    *Sumber diambil dari infosihat.gov.my

    Cian ija...saba deh:)


    Friday, May 6, 2011

    Mereka di hatiku

    Assalamualaikum wbt...

    Sudey lama menyepi, rindu sungguh pada belog ku yang xseberapa ni...wihihi
    Tak tahu apa yang ingin dikongsi, sebab tu la agak lama xmenulis...kekeringan idea lohh

    Here are some photos i wanna share...zasssss

    Khairun Khadija (terseksi sedikit)

    Khairun Imani (tekun sungguh bdk ni)

    Mereka duk sibuk wat surat kat aunties :)

    Anty alaa with khairun marissa...senyum la sikit

    Nur Humairah @ eyah with aunty...tengok mana tuu??

    Imani lagi...

    Xdop perasaann...huhu

    All de pitcass were taken during my trip to Teluk Intan last week (Cuti hari buruh)...banyak lagi kenangan manis yang xdapat dikongsi sebabnya tak terambil gambar2 menarik...wuuuu, rugi3

    Miss all my nieces n nephew...(alif tiada dalam gambar di atas +_+)







    © 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

    Back to TOP