Thursday, May 16, 2013

Eid muallimin




السلام عليکم ورحمة الله
16 Mei
sangat sinonim dengan perayaan sambutan hari guru
maka dengan ini tuan punya belog pun dengan berbsesar hati ingin mengucapkan
Selamat Hari Guru
buat semua guru di seluruh dunia
terutama yang telah mengajar diri ini
dari tidak tahu kepada tahu
dari tidak faham kepada faham
dari tidak pandai kepada pandai

bermula dari :
Tadika Islam Nurhidayah
Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat
Kolej Matrikulasi Kedah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

terima kasih cikgu,ustaz,ustazah,teacher,sir
jasa kalian sungguh tidak ternilai

juga buat ahli keluargaku yang majoritinya adalah guru
rakan-rakanku juga sebahagian besarnya adalah guru
buat diriku juga yang bakal bergelar guru^^

tidak dilupakan buat almarhum sir hashim bin salleh
may Allah have mercy on you and grant you His eternal jannah...amiinn
teringat masa belajar dengan sir dulu, u r one of my fav teachers
belajar 3jam non-stop pun tak terasa....cuz u know how to handle us well
^^.

Wednesday, May 15, 2013

penyejuk badan di kala panas^^



السلام عليکم ورحمة الله



terliur tak tengok gambar kat atas tu?
hihi
tapai pulut kalau makan dengan aiskrim perisa vanila memang mabeles
nak2 lagi dalam cuaca panas macam sekarang ni
tak percaya?
cubalah sendiri^^


p/s: we kelantanese pronounce tapai as 'tape' :)

Monday, May 13, 2013

untitled



السلام عليکم ورحمة الله

lamanya tak apdet blog kan
tak...saya tak bizi pun
ada je kat sini
tak pergi mana-mana pun
cuma kekeringan idea nak tulis2 dalam ni
sekering tanah yang sudah lama tidak dibasahi hujan
ecehhh

alhamdulillah...pru13 baru saja selesai minggu lepas
banyak isu yang timbul dari isu dakwat yang tak berapa nak kekal,isu pengundi hantu,blackout...macam2 lagi
tapi insyaAllah...segala keputusan diterima dengan senyuman dan redha
^^.
semua tu Allah yang tentukan...kan
thumma alhamdulillah...kelantan masih kekal di bawah pimpinan yang sama sejak berpuluh tahun yang dulu
semoga Allah terus merahmati bumi kelahiranku ini
ok...tamat mengenai pru

dan sekarang sedar tak sedar dah nak masuk pertengahan bulan mei
ya...bulan 5
*senyum pahit*
belum lagi dipanggil berkhidmat untuk anak bangsa
hanya doa mampu dipanjatkan moga dipermudahkan segala urusan


rindunya menghirup udara dalam suasana persekolahan
 (dah lama rasanya tak senyum nampak gigi sebaris macam ni >.<)



Thursday, May 2, 2013

mari tunaikan tanggungjawab



السلام عليکم ورحمة الله




saya tidak pandai berkata-kata
mahupun berhujah
nak2 lagi dalam bab politik
cukuplah sekadar menjadi pemerhati bebas melihatkan banyaknya post berkenaan politik yang dishare di facebook
kadang-kadang apa yang dishare itu tidak diketahui kebenarannya
fakta atau auta
kadang2 juga tersenyum sendiri membaca komen yang pelbagai
ada yang terlalu taksub sehinggakan newsfeed penuh dengan berita politik darinya sahaja
kadang2 bosan pun ada
hewhewhew
tapi sediam-diam saya, insyaAllah saya sudah tahu calon mana yang bakal dipangkah nanti
juga tidak sabar untuk memangkah kerana ini adalah kali pertama saya mengundi^^

gambar di bawah sempat saya ambil ketika keluar mencuci mata melihat dunia luar sesudah berapa lama terperuk di rumah










yang mana pilihan hati?
tepuk dada, tanyalah iman^^
kepada yang masih berada atas pagar tu, fikir2 la...buatlah keputusan yang terbaik demi masa depan negara kerana kita sebagai rakyat harus memilih

bak kata inche gabana, 
"tak sakit ke bang duduk atas pagar tuu? tajam woh"


Wednesday, May 1, 2013

wordless wednesday






selamat hari pekerja
walau tahun ni belum lagi bekerja pada tarikh 1 Mei,
insyaAllah tahun depan bakal sambut dengan erti sebenar seorang pekerja

^^.

© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP