Assalamualaikum wbth
Sudah lama tidak menjenguk blog sendiri...tidak berkudrat membuka blogspot
Mungkin sudah jemu menulis itu menulis ini...
ohh...kenapa wahai cik padiputeh??
Sudah kekeringan idea mungkin...
Atau tiada yang memberi inspirasi...
Mungkin juga keadaan yang sedikit sibuk kebelakangan ini...
Sudah seminggu aku dan rakan- rakan kembali menyibukkan diri dengan praktikum...
Semoga Allah mempermudahkan urusan kami di sekolah...ameen:)
Bercerita mengenai sekolah, praktikumku kali ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampong Chap, letaknya di daerah Bachok...
Sekolah yang agak jauh dari rumah sewaku jika hendak dibandingkan dengan 2 buah sekolah terdahulu...
Jaraknya lebih kurang 25km dengan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke sana...
Keadaan jalan untuk ke sekolah tidak menyenangkan...banyak lubang2 besar di sepanjang jalan membuatkan kami perlu sentiasa berhati-hati...kadang-kadang xsedar ada lubang di hadapan dek kerana keadaan yang masih gelap ketika kami bertolak ke sekolah...
semoga kami dikurniakan kesabaran untuk menempuh ujian-Mu ini ya Allah
"Telah diwajibkan ke atas kamu untuk berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu sedangkan itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]