Thursday, December 12, 2013

Selamat Pengantin Baru^^




السلام عليکم ورحمة الله


ohh hi...hello there
being in silent mode for a quite long period =.="
tak...saya tak pernah lupa kewujudan blog ni
ingat selalu
tapi kekangan masa yang mengganggu
cewahh..ayat diaa
kiki
salahkan masa pulak ye cikgu dila
cikgu dila???
wuhuuu,macam tak percaya pulak ye, dah jadi cikgu betul2
*tampar2 pipi sikit*
bior sedor diri tuu
+.+
oppss..sori,terbanyok mengepek pulok

ok then,mari kita sambung berkenaan topik utama entri pada kali ini
-ayat nak skema-
lama kan saya tak apdet blog ni cik irah
just referring cik irah cuz i know irah je baca blog ni,hihi
and cik irah jugak la yang duk desak2 paksa2 i suruh apdet blog ni
thanks cik ir...kalu dop kerana cik ir, maka berhabuk bersawang la padiputeh.blogspot ni T.T
banyok ngepek wehh dila,cepat2 la cerita dan tepek2 gambar nunnn
:D

ok,sambung balik
oleh sebab sekarang ni musim cuti sekolah, kmek sikmo cerita pasal sekulah k
just nak cerita pasal aktiviti cuti sekulah jakk
(tudiaaa..ada slang sarawakkk,curlassss mu dila -.-)

kalau dah namanya musim cuti sekolah, mesti ramai yang ambil peluang wat majlis kawen kan
haaa...kawan2 kami pun ramai yang kawen time cuti ni
termasuklah kawan baik kita yang sorang ni cik irah...
Puan Siti Fatimah binti Jaffar
hehe,dah jadi puan dah dia
cepat sungguh masa berlari..xdan nok hambat :p
mari kita sama2 tengok album kawen siti + ariff

masa ni belum akad lagi,hehe sebelum ke masjid untuk akad nikah (i pun nak interframe jugak:D)

dub dab dub dab
alhamdulillah dua orang sahabatku ini sudah bergelar suami isteri^^
 

antara kawan2 yang hadir^^

woot2...pengantin so gojesosemmm

barakallahulakuma wabarakaálaikuma wajamaá bainakuma fi khair

selamat menempuh alam perkahwinan
selamat menjadi isteri ye puan siti
selamat menjadi suami ye incik ariff
selamat semuanya...^^

dan tidak dilupakan pada sahabat2 yang lain
khairi + nadia juga duki + asma
selamat pengantin baru juga

mano pengantin pompuan xsapa2 lagi ni??hihi...gambor ni paling lucu kot

selamat pengantin baru duki & asmaa

selamat pengantin baru keri & nadia

selamat menempuh fasa kehidupan yang baru kawan2
doakan kami yang masih single mingle ni...hehe
till then...see ya
wassalam







Thursday, September 12, 2013

jauh aku termenung




Mereka 
anak-anak kecil
yang terkadang kuperhatikan lebih matang dari aku sendiri
pandai mengurus diri walau usia belum sampai belasan tahun
aku tertanya sendiri
bagaimana mungkin mereka pandai mengurus diri
sedang mereka masih diusia kanak-kanak
tapi aku
suku abad hidup di muka bumi
masih terkapai-kapai dalam pengurusan diri
jauh aku termenung


ar-Ra'd, ayat 11



p/s : that is the life that Allah has chosen for us to live, bergantung pada diri kita sendiri untuk mengubahnya (nasihat buatku)



Friday, August 9, 2013

REDHA...IKHLAS...SYUKUR



السلام عليکم ورحمة الله


Lama tidak mengaktifkan diri dalam dunia blogging ni (laaa sangatt)
rupanya ada yang rindu nak baca coret-coret saya kat sini
hihi... cc: cik syarifah
selama blog ni tak terapdet,selama itulah rutin hidup saya dah berubah
me kini seorang guru,wuhuhu...ya, officially a teacher
alhamdulillah,setelah 7 bulan tanam anggur kat rumah akhirnya kini dah berkerjaya tetap
SARAWAK now is my second home after KELANTAN
the biggest state in malaysia tuuu
hewhewhew

mula-mula dapat tahu kena posting sarawak memang speechlessssss
tak tahu nak describe macam mana perasaan tu
buat2 cool ja depan orang lain
tapi bila dah sampai Saratok (the region i'm working here in S'wak) ni keluar jugak la air mata keperempuan ni haaa
but that was five weeks ago
sekarang dah boleh adapt dah
setakat naik bot nampak buaya kat tepi sungai tu dah perkara biasa dah =.='
kena tadah air paip tengah-tengah malam pun perkara biasa jugak =.='
nampak tikus main kejar-kejar dalam rumah pun dah jadi rutin tiap-tiap malam =.='
hewhewhew
apa-apa pun syukur sebab ditempatkan di kawasan orang Islam
dapat jugak keluar tarawih kat masjid tepi sekolah tiap-tiap malam masa bulan ramadhan hari tu
dapat jugak dengar azan berkumandang tiap-tiap kali masuk waktu

yang paling penting diri ni kena redha dan sentiasa ikhlaskan diri nak mendidik anak-anak kecil yang bakal mencorak masa depan negara 
cikgu Fadhila bolehhhhhh!! 

SK KAMPUNG KUPANG, sekolah pertamaku menabur bakti

anak-anak kecil Tahun1...me the english teacher


Tahun4...me the maths teacher, me the english teacher and me oso the class teacher^^

ok, naik bot itu seronok^^

p/s : all the best juga buat teman-teman yang lain,moga sentiasa dalam lindungan Allah
p/s/s: selamat hari raya Aidilfitri, ampun maaf dipinta andai diri pernah mengguris perasaan sama ada sengaja mahupun tidak...
p/s/s/s: khas buat cik syarifah, yeay!!! saya dah apdet blog ni, mesti irah suka kan kan kan hihih





Friday, June 7, 2013

hari jubah kami




gambar ihsan dari kamera cik syarifah^^


tersenyum gembira di sisi rakan-rakan pada hari jubah
terima kasih semua!!!
5 tahun setengah sama-sama ketawa, sama-sama menangis
entah bila pulak kan kita boleh jumpa
bak kata orang...
setiap pertemuan kan akan ade perpisahan
moga dengan perpisahan ini tidak memutuskan silaturrahim yang sedia terjalin antara kita semua
cehhh...ayat tak tahan
all the best ye semua...selamat menjadi guru
nak kawen jangan lupa menjemput^^.




Thursday, May 16, 2013

Eid muallimin




السلام عليکم ورحمة الله
16 Mei
sangat sinonim dengan perayaan sambutan hari guru
maka dengan ini tuan punya belog pun dengan berbsesar hati ingin mengucapkan
Selamat Hari Guru
buat semua guru di seluruh dunia
terutama yang telah mengajar diri ini
dari tidak tahu kepada tahu
dari tidak faham kepada faham
dari tidak pandai kepada pandai

bermula dari :
Tadika Islam Nurhidayah
Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat
Kolej Matrikulasi Kedah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

terima kasih cikgu,ustaz,ustazah,teacher,sir
jasa kalian sungguh tidak ternilai

juga buat ahli keluargaku yang majoritinya adalah guru
rakan-rakanku juga sebahagian besarnya adalah guru
buat diriku juga yang bakal bergelar guru^^

tidak dilupakan buat almarhum sir hashim bin salleh
may Allah have mercy on you and grant you His eternal jannah...amiinn
teringat masa belajar dengan sir dulu, u r one of my fav teachers
belajar 3jam non-stop pun tak terasa....cuz u know how to handle us well
^^.

© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP