Tuesday, July 31, 2012

random#3



Assalamualaikum wbth


kenal x gapo dio ni??

tadi pegi Pasaraya Pantai Timur kat Taman Bendahara
duk tengah usha-usha barang kat bahagian bekas plastik
tiba-tiba
nampak benda kat atas tuuu
ehehh
teringat zaman kecik-kecik dulu
kat rumah dulu pun ade 1 set bekas ais krim macam ni
selalu la jugak buat ais krim guna bekas ni
guna bekas ni senang je
tuang air berperisa dalam bekas...pastu masukkan kat bahagian freezer...pastu tunggu dia keras
pastu apa lagi
berebut nak makan kalau ais krim dah keras
ohh...i miss my childhood days
^^.


p/s:: selamat berbuka puasa :')



from the past few days



Assalamualaikum wbth


which then of the bounties of your Lord will you deny/
maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan

ayat di atas merupakan salah satu ayat dari surah ar-rahman
ia diulang sebanyak 31 kali dalam surah ni
dan merupakan ayat yang paling banyak berulang dalam al-Quran
^^.

and the verse is being repeated over and over in my head
from the past few days



p/s:: let us be grateful for what we have...alhamdulillah thumma alhamdulillah^.^



Friday, July 27, 2012

ku milik-Mu





bes kan lagu kat atas ni
hik3
kalau dengar aje lagu ni mesti mau teringat kat anak2 sedara
we first listened to this song during last semester break
their aunty awi bought maher zain's latest album
yang ada lagu 'number one for me' tuu
and she put the cd in her car to be played whenever we are on the ride
nak dijadikan cerita
masa awal-awal cuti dulu
four of five those cute hyperactive but lovable nephew + nieces were with us
selalu kalau bawak mereka2 ni pegi jalan2 mesti pasang lagu pak cik maher zain ni
and the above song is in the first track
mula-mula dengar tu macam lawak pon ada lagu ni
ahahhh
(jangan marah ye pak cik MZ)
ye la...pak cik kan bukan orang melayu...tapi nyanyi lagu melayu
tapi bila dah keep repeating banyak kali rasa macam...woww
best jugak lagu ni
budak-budak tu pun sampai berebut-rebut lyrics lagu ni
sampai masam-masam muka
haha
bestnya time tu kan
nyanyi sama-sama ngan awak semua
anty ala miss uol la kiranya ni
=.="

semalam masa naek kete nk g tarawikh dengar lagu ni lagi
=.='
ayoyo sebak pulak rasa
ngan budak2 tu boleh la wat bising2 dalam kete kan
ni dah tinggal berdua je ngan cik kakak...jadi senyap je...
biar pak cik nyanyi sorang2
ahahhh
can't wait for all your returning back home
can't wait for the hug and kisses
and most important
can't wait nak tengok muka anak-anak sedara yang berpuasa
hehekk



p/s: got a phone call from mom last night...katanya ayah pesan suruh simpan buoh durian,nak makan nanti balik,ehehh...boleh2



Thursday, July 26, 2012

iftar 1433h



Assalamualaikum wbth

Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan 
iaitu
kegembiraan ketika berbuka
dan 
kegembiraan ketika menemui Allah
(hadith riwayat Muslim)


banyaknya laukkk


alhamdulillah
hari ni kami 19 beradik bakal cikgu cikgi (kurang seorang)
telah meraikan kegembiraan pertama kami
bersama-sama
^^.
sungguh perasaan bahagia dan sedih bercampur baur
bahagia kerana dapat berbuka bersama-sama
tapi 
sedih kerana ini mungkin adalah iftar terakhir kami
tahun depan dah tak boleh bukak sekali dah dek kerana
tercampak ke tempat asing
jauh antara satu sama lain
>,<


boboiboys

gugurgurls

semoga ukhuwah yang terbina
akan berkekalan sampai bila-bila
sampai dah jadi cikgu cemerlang...cikgu pakar...cikgu penolong kanan...cikgu besar
opps
guru besar
hehek
i luv uols
lillahitaala
.
 .
.
.
.
.
.

malam ni terawikh kat masjid Cabang 4 Tendong...xsangka boleh jumpa kwan sekolah dulu^^
 



p/s: jom balik esok :')



Monday, July 23, 2012



H.O.M.E
by michael buble






day 3



Assalamualaikum wbth


hari ni
masuk hari ke-3 umat Islam di Malaysia berpuasa
^^.
alhamdulillah
hati rasa bahagia
bahagia kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim




Saturday, July 21, 2012

Jom amalkan



Assalamualaikum wbth


salam 1 Ramadhan kepada semua
semoga Allah menerima dan memberkati setiap amalan kita
^^.

semalam...banyak sungguh dapat makanan+lauk dari mek n mak sedara
maklumlah...mak ayah xada kat sini kan
>.<
sekejap2 bunyi pintu dapur rumah dibuka
"dilaaaa...."
suara k.mah memanggil...kat tangan ada sepinggan laksam^^.
duduk sekejap je
"dilaaaaa...ni ado kek ni, sedap...makela"
lepas tu xsampai 5 minit...
"ilaaaa..."
suara mek pula yang memanggil
dibawanya bihun goreng
>.<
huhuk...tu tak termasuk lagi gulai ayam yang tiba-tiba ada bawah tudung saji atas meja kat dapur
terfikir, boleh ke makan semua ni
tapi alhamdulillah habis juga kami 2 orang makan buat moreh semalam
hehek
(gulai ayam buat sahur pagi tadi)

semoga Allah memberkati kalian ^.^

Jazakumullahu khairan kathira (jzkk)

ehh...apa tu? apa maksud dia?
duk tengok orang komen kat fesbuk sebut benda ni kan recently
haaa...ni nak bagitau
kalau sebelum ni
kita asyik sebut

terima kasih
thank you
arigato
xie-xie
syukran
dll

sebagai tanda terima kasih kan...
apa kata kita ubah dan gantikan dengan jzkk
^.^
ia juga merupakan satu ucapan terima kasih tapi ditambah dengan doa sekali

Jom kita amalkan...semoga bermanfaat

jazakallahu khairan kathira (untuk lelaki)
(semoga Allah memberi/menambah kebaikan yg banyak padamu)

jazakillahu khairan kathira (untuk perempuan)
(semoga Allah memberi/menambah kebaikan yg banyak padamu)

jazakumullahu khairan kathira (untuk ramai)
(semoga Allah memberi/menambah kebaikan yg banyak kepada kalian)
.
.
.
.
dan sebagai balasannya, bolehla disebut

wa iyyaka (untuk lelaki)
wa iyyaki (untuk perempuan)
wa iyyakum (untuk ramai)

 ia bermaksud 

Dan ke atas kamu juga

wallahua'lam




p/s : boleh juga sekadar disebut jazakallahu khairan ^^.




Friday, July 20, 2012

welcoming Ramadhan









habis suda^^



Assalamualaikum wbth


alhamdulillah
tamat sudah program internship aku dan rakan2
selama sebulan di SKKC
wa syukurillah
semuanya berjalan lancar
dan
kerinduan terhadap warga sekolah sudah terasa
terutamanya
warga bilik guru
yang tidak berapa ramai itu
tiada lagi kedengaran gelak ketawa
usik mengusik
kami empat beradik
bak kata akak-akak cikgu senior
>.<
sungguh
memori bersama-sama kalian tidak akan dilupa
menjaga dan melayan kami dengan baik
menolong kami sedaya mungkin 
terima kasih semua
^.^

gambar masa hari last praktikum


kami '4 beradik'


p/s:: salam Ramadhan kepada semua umat Islam amnya dan you khususnya...semoga Ramadhan kali ini lebih baik drpd tahun2 sebelumnya :)

Sunday, July 15, 2012

random#3



Assalamualaikum wbth

hari ni tulis lagi
nak merapu apa pun xtahu
ehh
tadi baru dapat panggilan telefon dari ayah
nun jauh kat sana
kota Madinah al-munawwarah
ayah telefon ke nombor rumah
kebetulan hari ni 
balik rumah
terasa nak tidur kat rumah
mujur ada cik fatimah temankan^^
duk tengah sembang2 dengan cik fati
tiba-tiba
telefon rumah bebunyi
angkat je telefon dengar suara ayah
^.^
alhamdulillah
ayah n mak sihat
in sya Allah esok gerak ke Mekah
semoga Allah permudahkan
ameen

Tuesday, July 10, 2012

yang memberi inspirasi



Assalamualaikum wbth

baru sudah baca updet terbaru
one of my favorite bloggers
penulisannya
 memberi kesan
di hati
terkadang mampu membuatkan kelopak mataku bertakung
aiseyy
dan dia jugak pandai buat video
video yang ohsemmness
ihikk
semoga Allah merahmatimu
cik krun
:")

video ni menang no.1 pertandingan video osem apg '11


video ni pulak yang agak latest from her


menarik kann
setiap orang dikurniakan Allah dengan pelbagai keistimewaan
and she got her talents
making osem vids
making osem writings
making lots of frens

her blog, sila klik kat bawah ni:



semoga memberi manfaat^^


sembang petang



Assalamualaikum wbth

semangat tak?haha (cikgu lebih semangat drpd murid :p)

dah masuk minggu ke-3 internship kat sekulah
banyak benda dah buat dan sedang berlangsung
in sya Allah
jika tiada aral hujung minggu ni kesemua 3 projek kami bakal selesai
ohh sangat tidak sabar untuk itu
dan paling tidak sabar mestilah nak habiskan lagi seminggu baki berinternship
dan lagi paling tak sabar
nak sambut tibanya bulan puasa
:")

allahumma ballighna ramadhan
Oo Allah, let us reach the month of ramadhan



p/s::punya la semangat main bola jaring kat sekolah tadi sampai terjatuh-jatuh...Allahurobbi
agak sakit lutut-lututku kelukaan
tapi tak hapa, sikit je tu
huhu
(senyum tahan sakit sambil sapu obat T.T)



Saturday, July 7, 2012

they are leaving for good



Assalamualaikum wbth

how are you doing?
how is your iman doing?
may it increases time by time...day by day
i wish mine increases too
in sya Allah^^

today,
i just got the news
that my parents will be leaving for umrah
this coming friday
^^.

at first, i was like...shocked
so soon...i guess
actually they are supposed to be leaving on the 17th July 2012
but
suddenly the schedule change
it's just one week from now

o0 Allah, please bless both of my parents
bless their journey and accept their ibadah
keep them safe
ameen

berjalan keluar selepas sa'e dan tahalul
(rindu>.<)


^.^



p/s::puasa+raya without parents around won't be that meriah >.<




Wednesday, July 4, 2012

random post #2



comei sangat 
cik heliza helmi
super duper cute lah



just another random post
>.<

Tuesday, July 3, 2012

internship



Assalamualaikum wbth


dah masuk minggu ke-2 kami keluar ke sekolah
untuk program internship
rasanya...tidaklah sepenat seperti sewaktu praktikum dulu
pergi sekolah tanpa perlu menyediakan lesson plan yang berjela panjangnya
tanpa perlu takut menanti kehadiran pensyarah untuk penyeliaan
tanpa perlu menulis refleksi panjang
tanpa perlu menulis jurnal tiap-tiap minggu
hanya lesson note yang pendek 
alangkah bahagia
^.^

tapi
itu tidak bermakna kami hanya berseronok di sekolah
banyak program perlu dilaksanakan
kertas kerja yang perlu disiapkan
kajian untuk penyelidikan
ehehh
in sya Allah saya boleh
in sya Allah saya kuat
^.^

kan hari tu masa praktikum 3 bulan boleh je
takkanlah yang internship sebulan ni tak boleh
awak boleh Nurfadhila!!
(sedang membina keyakinan diri)
>.<




p/s::program pertama kami akan berjalan hari khamis ni...doakan ye :)



Sunday, July 1, 2012

random post



Assalamualaikum wbth

sedikit hapdet hari ni
sekarang sedang duduk di atas kerusi empuk di dalam bilik guru
sambil mengadap cik laptop
sepertinya tak hada sapa-sapa dalam bilik guru ni
sunyi ya amat
Allah
sudah tak tahu nak buat apa
cik mate saya tak datang sekolah hari ni
atas sebab-sebab yang agak tak dapat dielakkan
=.='

nak jalan-jalan round pusing satu sekolah macam xbest
sebab tak hada sapa nak teman
jadi
duduk haje la depan cik laptop ni
browsing + surfing + stalking
ehehh

rasa macam nak tukar header baru la
kalu diriku rajin maka akan muncullah header baru dalam minggu ni
tapi kalu header tu tak muncul-muncul juga hari khamis ni
maknanya memang lambat lagilah si tuan punya belog ni
nak hias belog kesayangan...laa sangat ni

hokey la
kita tangguhkan penulisan belog pada hari ini dengan sepotong ayat ye

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
(yusuf;87)


p/s: bosan drive kete sorang-sorang pegi sekulah tadi, selalunya buleh berceloteh dengan si mulut banyak cik barbara -.-"



© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP