Sunday, March 13, 2011

Hijau

Assalamualaikum wbt...

Tiba-tiba teringat lagu ni. Sangat suka liriknya yang penuh dengan pengertian

Zainal Abidin - Hijau


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini

Oh..anok-anok
tokleh meghaso mandi laok
Besaing,maing ghama-ghama
Ale lo ni tuo umurnyo bejuto
Kito usoho
Jauhke dari malapetako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak
Hok biso wei,pasa maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tokleh tehe
Sapa bilo-bilo

*Sama-sama kita mendoakan keselamatan penduduk Jepun yang dilanda Tsunami...

Saturday, March 12, 2011

Tsunami di Jepun

Assalamualaikum wbt...

Berita semalam amat mengejutkan...

TOKYO, 11 Mac — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.

Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini.

Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.

Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).
Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.

Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.

Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.

Sebuah kapal besar “disapu” ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.

Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.
Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.

Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini.
Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.

Tanki simpanan gas asli di kawasan Chiba dekat Tokyo terbakar ekoran gempa bumi yang turut menyebabkan tsunami


Sumber: The Malaysian Insider

p/s:: Semoga semuanya selamat di sana

Wednesday, March 9, 2011

"Cikgu, saya nak kawen dengan anak cikgu.."

Assalamualaikum wbt...

Hahh?? mesti ramai yang terkejut kan...
hihihi...sungguh lucu apabila diberitahu oleh akak iparku bahawa anak sdaraku, imani@iman@angah dah ada peminat...siap mintak nak kawen lagi...woot woot~~~

Mula-mula dengar tu memang xsudah2 gelak...imani, anak sdara kesayangan saya tu baru je masuk prasekolah awal tahun ni umur die pun baru nak masuk 5 tahun ini tahun...tup2 dah ada peminat, kalah aunty tau...hehe, kalu nak tahu, cik imani ni tersangatlah susah nak berkawan n bergaul ngan budak2 lain...die xsuka main ngan anak patung barbie macam kakak die, but she is so in love with otomen and  ben10...adehhh...tapi nak dijadikan cerita ada juga mamat yang tersangkut ngan my cute iman ni...:)

kesayangan imani

Kisahnya canggini, budak laki yang minat kat imani tu nama dia amin syahmi (sedap nama), baru darjah 1... dia selalu je usik2 imani, suka cubit pipi...bak kata orang selalu la kacau my niece ni...tup2, satu hari tu die minta ijin dari umi imani aka cikgu kat sekolah tu nak kawen ngan imani...adehhh2, budak2 zaman sekarang memang unpredictable lahh...haha, kalau budak ni da besar nanti n masih ingat lagi peristiwa dia mintak nak kawen ngan anak cikgu dia, mesti dia tergelak sorang-sorang...hehehe

Bila dipikir2 balik, memang banyak cabaran yang cikgu2 zaman sekarang kena tangani, esp. kalu berdepan dengan kes spesel macam ni....ahaaa, terkedu my sis in law ngan budak tuuu...

khairun imani
Takut pulak rasanya nak g ke sekolah n berhadapan dengan budak2 zaman sekarang...cabaran menanti:)



Friday, March 4, 2011

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga kita semua berada di bawah lindungan yang Maha Esa...
Tiada apa yang ingin ditulis kali ini...cuma ingin berkongsi video yang agak menarik dan menyentuh hati wanita saya...



*terima kasih buat sahabatku Siti Noor Atikah yang bagi link ni kat saya. I do appreciate it:)

© 2009 'Two-column photo blog' by HUGE photo blog

Back to TOP